11hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) KeTSA 2022 Di Sungai Kerang, Trong, Taiping, Perak. Seramai 1,550 orang hadir pada Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) 2022 bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong pada pagi ini. Sejumlah 24 ekor lembu telah disembelih bagi ibadah qurban dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada asnaf dan penduduk kampung sekitar kawasan Sungai Kerang.
PROGRAM ‘MOH MAKAN PULUT DERIAN’ ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR)
6hb Julai 2022 (RABU) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Program Moh Makan Pulut Durian bertempat di Dewan Granite pada jam 11.00pagi. Program ini diadakan sempena musim durian yang sedang hangat di sekitar Negeri Perak.
PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) NEGERI PERAK DI LITAR DATO’ SAGOR, PASIR SALAK, PERAK
1hb – 3hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak yang diadakan di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak pada 1 – 3 Julai 2022. Majlis Perasmian oleh YAB Perdana Menteri akan berlangsung pada 3 Julai 2022 (Ahad), 10 pagi.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-18 TAHUN 2022, KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK
23hb Jun 2022 (Khamis) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 Tahun 2022, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Granite.
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2022 JMGM PERAK DAN MAJLIS PERTUKARAN DR. SIA SAY GEE
23hb Jun 2022 (Khamis) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.5/2022 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granite. Urusetia yang bertugas untuk bulan ini ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan (Negeri). Pengacara Majlis ialah Pn. Noorzaidawati, pembaca doa ialah En. Putra Ariff Fadzillah dan lafaz ikrar diketuai oleh Pn. Faizah Binti Abdul Rahman.