SELASA, 20 Februari 2018 – Pusat Penyelidikan Mineral telah melaksanakan aktiviti GOTONG ROYONG LESTARI ALAM sebagai usaha melestarikan kebersihan dan keindahan di persekitaran PPM. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan menghantar pekerja dan road sweaper bagi membersihkan kawasan PPM.
Aktiviti sebegini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penyelenggaraan bangunan dan persekitaran PPM disamping memupuk sikap saling bekerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga PPM.
Objektif aktiviti ini selain dari memastikan persekitaran kawasan PPM sentiasa terjaga rapi, sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama berpasukan, bertolak ansur dan muafakat yang akhirnya melahirkan warga kerja bertanggungjawab serta mempunyai sikap “Sense of Belonging” terhadap tempat bertugas.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/2018-02-21-08-02-01#sigProId5a2235769f