8TH MINERAL SYMPOSIUM 2017 (SIMPOMIN 2017)

8TH MINERAL SYMPOSIUM 2017 (SIMPOMIN 2017)

Simposium Mineral adalah salah satu platform bagi kakitangan di JMG terutamanya kepada Pegawai-Pegawai Penyelidik bagi membentangkan hasil kajian serta kertas kerja  mereka dan bertukar pendapat dan pandangan mengenai teknologi, inovasi dan pengkomersialan yang berkaitan dengan industri mineral. Tahun ini merupakan kali ke-8 bagi program ini yang telah berjaya dianjurkan semenjak Simposium Mineral yang pertama pada tahun 2002, diikuti oleh 2004, 2007, 2009, 2011, 2013 dan 2015. Justeru itu pada Simposium Mineral ke – 8 telah diadakan pada 26 hingga 27 September 2017 di Casuarina @ Meru Hotel, Ipoh Perak. Pada kali ini SIMPOMIN 2017 diadakan secara back-to-back dengan Persidangan JMG 2017 yang diadakan pada 28 September 2017.

Pada tahun ini sebanyak 3 Kertas Ucap Utama (Keynote Paper) dan 24 Kertas Teknikal (Technical Paper) telah dibentangkan. Penyertaan peserta dari PPM adalah seramai 17 orang manakala penyertaan sebagai pembetang dari PPM adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada pengawai – pegawai Penyelidik. Encik Aminudin bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM dan Tuan Haji Abdul  Rois bin Abdul Mois, Pegawai Penyelidik Q54 juga telah dilantik menjadi Pengerusi Sesi bagi sesi pembentangan teknikal tersebut.

Perasmian Simposium Mineral Ke-8 dan Persidangan JMG 2017 telah disempurnakan oleh oleh YB. Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada malam perasmian tersebut juga telah diadakan Majlis Menandatangani MoU diantara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). JMG diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG manakala Universiti Teknologi Petronas (UTP) diwakili oleh Datuk Ir. Dr Abdul Rahim bin Hj Hashim, Vice Chancellor UTP.

Para tetamu kehormat turut meluangkan masa melawat tapak pameran yang telah disediakan di ruang pameran.

Written by : ezulia