HARI INOVASI PPM 2017

HARI INOVASI PPM 2017

SAMBUTAN HARI INOVASI  PPM 2017 telah  diadakan pada 20 November 2017 di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG, Tn. Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi sekaligus dengan pelancaran Hari Inovasi JMG 2017.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh En Aminudin bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM, selaku Pengerusi Jawatankuasa Hari Inovasi PPM 2017. PPM mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Mineral dan Geosains kerana memilih PPM sebagai venue Pelancaran Hari Inovasi JMG pelancaran  Majlis ini juga turut disertai oleh En. Mohd Badzran bin Mat Taib (Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG) dan Che Ibrahim bin Mat Saman (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG). Sejumlah 83 orang kakitangan PPM terlibat dan hadir termasuk Tuan Pengarah dan ketua cawangan. Majlis  berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan perasmian gazebo di SUGA dengan gimik perasmian melepaskan burung terkukur dan penanaman pokok delima di tepi gazebo.

Bersempena majlis ini juga, Ketua Pengarah turut menyampaikan sijil kepada pegawai dan kakitangan PPM yang telah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan peringkat JMG dan antarabangsa. Tn. Hj. Abdullah Hussin, pegawai penyelidik PPM juga memberi taklimat ringkas berkaitan produk inovasi PPM Pelantar Mudah Alih Untuk Kajian Di Dalam Kolam.

Majlis Sambutan Hari Inovasi 2017 ini dijalankan serentak  dengan program gotong-royong bertujuan bagi memelihara dan mengindahkan SUGA, mewujudkan rasa kecintaan terhadap alam sekitar, mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan dan menyemai sikap tanggungjawab terhadap tanah kerajaan dan seterusnya aktiviti dan program penyelidikan di SUGA dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Kawasan SUGA ini juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga. Semoga dengan pelancaran ini lebih banyak aktiviti berkaitan dapat dijalankan di SUGA.

Written by : ezulia