Taklimat Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Taklimat Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

IPOH, 20 Sept- Satu Taklimat mengenai Pengurusan Dokumen, Risiko dan Persediaan Audit bersempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001: 2015 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang diadakan di Dewan Seminar PPM hari ini. Turut hadir, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Dr Nazwin binti Ahmad.

Bulan Kesedaran MS ISO9001:2015

Bulan Kesedaran MS ISO9001:2015
Program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan, Dr Nazwin binti Ahmad.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena program ini adalah: 
 
1) Taklimat ‘Kesedaran dan Kefahaman MS ISO 9001:2015’
    Penceramah: Pn Roshaida bt Arbain
 
2) Taklimat Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD)
    Penceramah: Ts. Dr. Hjh Emee Marina bt Salleh
 
3) Taklimat Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM)
    Penceramah: En Anuar bin Othman
 
4) Taklimat Latihan Kakitangan
    Penceramah: Pn Hjh Marlinda bt Daud
 
Seramai 50 staf telah menyertai program ini yang bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap standard MS ISO 9001:2015 dan menambahkan kefahaman berkenaan standard MS ISO 9001:2015.

Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa

Lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa
4 SEPTEMBER - Program PIN/CSR telah pun berjaya diadakan melalui lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa pada hari ini telah disertai oleh 20 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) yang terletak di Kupang, Kedah.
 
Selain beramah mesra dengan anak-anak yatim dan miskin di situ, Pengarah Kanan PPM, iaitu Dr. Nazwin binti Ahmad telah mewakili PPM bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pengerusi pertubuhan tersebut, iaitu En. Mohd Amzad bin Ismail dalam membantu beliau mengurus anak-anak yatim dan miskin di situ. Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan seluruh kakitangan PPM.
 
Selain itu, pihak Kelab Kebajikan dan Sukan PPM (KSK PPM) turut menambahkan seri program tersebut dengan memberikan cenderahati kepada anak-anak yatim dan miskin yang juga disampaikan oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.

Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah

Program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah
3 SEPTEMBER - Seramai 20 Kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ni telah pun menyertai program PIN/CSR di Gua Sireh, Baling, Kedah. Program ini turut disertai oleh Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad.
 
Gua Sireh terletak di Kampung Padang Cik Mas, Mukim Pulai, Baling, Kedah telah menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negara sejak di buka pada tahun 2019. Menurut kajian ahli arkeologi, tinggalan cara hidup prasejarah yang masih wujud terutamanya di dinding luar Gua Sireh menunjukkan masyarakat terawal sudah mendiami Kawasan berkenaan antara 16,000 hingga 17,000 tahun yang lalu.