Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022

Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022
IPOH- 26 OGOS 2022. Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Pertandingan Laman Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2022.
 
Pertandingan bertemakan “Keluarga Malaysia” ini melibatkan kesemua cawangan di PPM. Melalui pertandingan ini, terserlah kebolehan dan kreativiti warga PPM dalam menghiasi Laman Merdeka masing-masing.
 
Seramai 2 orang juri telah dijemput dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) dan JMG Negeri Perak dan penilaian telah dilakukan pada jam 9:30-11:00 pagi tadi.
 
Pertandingan ini di menangi oleh Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral.
 
Syabas diucapkan.

Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan

Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan
IPOH, 23 OGOS- Satu Taklimat Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains hari ini.
 
Program dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempong, Tuan Hj Malek Bin Selamat.
Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan 2, Khairuddin Hussin dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.
Program ini diadakan bertujuan membentuk sikap siap siaga kakitangan sekiranya berlaku kebakaran disamping memberikan ilmu pengetahuan, pemahaman, dan langkah-langkah persediaan yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan kebakaran kepada warga kerja PPM.
 
Turut hadir, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Puan Salmah Bt Baharuddin.

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)
PUTRAJAYA, 11 OGOS- Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Datuk Haji Rosli Bin Isa menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hotel Everly hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.
 
Simposium Mineral (SIMPOMIN) pada tahun ini juga di siarkan melalui FB Live JMG dan disertai oleh 240 peserta.
 
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dalam menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral sebagai pusat penyelidikan yang disegani.
 
 

Program Galakan Membaca 2022 anjuran Perpustakaan PPM

Program Galakan Membaca 2022 anjuran Perpustakaan PPM

IPOH, 28 JULAI- - Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Puan Salmah Bt Baharuddin merasmikan Program Galakan Membaca 2022 anjuran Perpustakaan PPM.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat warga PPM dalam memupuk galakan membaca. Antara aktiviti yang diadakan adalah:

1) Pertandingan Spell-It-Right (Bahasa Melayu dan English)

2)  Pertandingan Bercerita "I Got Talent"

Beberapa peserta selaku wakil dari cawangan-cawangan di dalam PPM telah menonjolkan bakat terpendam dalam menyampaikan pelbagai cerita/informasi yang menarik. Syabas diucapkan kepada semua peserta di atas keberanian dan komitmen yang diberikan.

Penyampaian hadiah bagi aktiviti-aktiviti di atas telah disempurnakan oleh Puan Salmah binti Baharuddin.