Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Latihan Pencirian Kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
KEPONG 25-26 OKT - Pasukan penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sedang menjalani latihan pencirian kertas di Makmal Kertas dan Pulpa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Latihan pencirian kertas ini bertujuan mengenalpasti kualiti kertas mengikut fungsi-fungsi tertentu.

IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022

IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022
20 OKTOBER 2022 - Institute of Quarrying Malaysia (IQM) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan IQM CONEX 2022 QUARRY CONFERENCE & EXHIBITION 2022 dengan bertemakan ‘Era of Digital Technology in Quarrying - The Way Forward’ (EDTQ 2022) telah diadakan pada 18-19 Oktober 2022 yang bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
 
Aktiviti pameran juga dijalankan di mana pihak JMG telah menghadirinya sebagai pempamer dan juga peserta persidangan. Sepanjang dua hari tersebut terdapat pelbagai agensi swasta yang melawat tapak pameran JMG dan berminat dalam penyelidikan dan pembangunan aplikasi yang dibangunkan oleh PPM. Alhamdulillah pada hari terakhir, JMG telah memenangi BEST EXHIBITION BOOTH AWARD.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan pameran PPM atas kerja yang komited dan berdedikasi dalam menjayakan program pameran pada kali ini.

Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.

Lawatan ke Kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd.
IPOH, 13 OKT- Seramai enam orang pegawai dan pembantu penyelidik dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT), Pusat Penyelidikan Mineral bersama seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan telah mengadakan lawatan ke kuari Imerys Minerals Malaysia Sdn. Bhd. di Simpang Pulai hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan
◦ memberi pendedahan tentang aktiviti pengkuarian batu kapur
◦ mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pemprosesan dan penggunaan produk
◦ menjalinkan usahasama dalam perkara bersesuaian di antara PPM-JMG dan pihak industri
 
Diharapkan melalui lawatan teknikal ini, semua yang terlibat mendapat input yang bermanfaat mengenai mineral batu kapur dan boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyelidikan penghasilan produk.

Hari Sukan PPM 2022

Hari Sukan PPM 2022

IPOH 3-7 OKT. Bersempena Hari Sukan Negara 2022, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Hari Sukan PPM pada 3-7 Oktober 2022. Antara sukan yang dipertandingkan adalah seperti dart, catur, congkak, karom, ping pong, pool dan badminton.

Kakitangan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Zamrud, Nilam, Intan dan Delima. Masing-masing menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam aktiviti yang dipertandingkan.

Kemuncak Hari Sukan PPM telah diadakan pada 7 Oktober 222 dan telah dijuarai oleh Kumpulan Intan diikuti oleh Zamrud, Nilam, dan Delima.

Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015

Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015
26 - 28 SEPTEMBER :Mesyuarat Kajian-kajian Kes yang berlaku di PPM dan Langkah Mengatasinya Bagi Perkhidmatan MS ISO 9001:2015 telah diadakan di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan Post Mortem dari Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dan tindakan penambahbaikan oleh pihak pengurusan dan juga pelaksana MS ISO PPM untuk menghadapi Audit SIRIM seterusnya pada awal Disember 2022 supaya pensijilan MS ISO 9001:2015 di PPM dapat dikekalkan.
 
Mesyuarat ini juga merupakan satu platform untuk pihak pengurusan menilai dan mendapat maklumbalas tahap kekompetenan pelaksana-pelaksana MS ISO 9001:2015 bagi dua (2) skop perkhidmatan serta kakitangan-kakitangan lain yang menyokong perlaksanaan SPK ini di PPM.
 
YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan YBrs. Dr. Rohaya binti Othman telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.