Perbincangan dan Pembentangan laporan perkhidmatan ujian pemprosesan mineral sampel amang

Perbincangan dan Pembentangan laporan perkhidmatan ujian pemprosesan mineral sampel amang
IPOH, 9 FEB - Satu perbincangan dan pembentangan laporan perkhidmatan ujian pemprosesan mineral sampel amang bersama wakil dari Universiti Malaysia Pahang, UMP telah diadakan, perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Dr. Ismail Bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pemprosesan Mineral.
 
Seramai 5 orang pegawai penyelidik dari CTPM dan 4 orang wakil dari UMP telah hadir perbincangan tersebut yang memfokuskan kepada topik kandungan REE dalam sampel amang. Akhir perbincangan diikuti dengan lawatan ke makmal dan perkongsian ilmu proses pemisahan mineral secara fizikal.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

IPOH, 3 FEB- Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan bersempena Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad & keluarga dan juga En. Syed Azmi Bin Syed Kamar & keluarga yang akan mengerjakan umrah. Majlis ini turut mengadakan tahlil ringkas untuk para kakitangan PPM yang telah meninggal dunia dan turut mendoakan kejayaan anak-anak kakitangan PPM yang akan menduduki Peperiksan SPM tak lama lagi.

Perkongsian Ilmu "'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'

Perkongsian Ilmu "'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'
IPOH, 28 JAN - Pegawai Penyelidik PPM, Ts. Zawawi Mahim telah dijemput oleh Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menyampaikan perkongsian ilmu sempena Industry Days anjuran UniMAP secara atas talian pada petang ini. Beliau telah menyampaikan perkongsian ilmu yang bertajuk 'Pembangunan Industri Mineral di Malaysia'.
 
Dalam perkongsian ini, beliau turut memperkenalkan PPM serta Cawangan-cawangan yang ada dan peranannya kepada para peserta yang terlibat. Selain itu juga, beliau turut mempromosikan perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) serta Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) yang bertaraf MS ISO 9002:2015 kepada para peserta.

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 PPM

Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 PPM
IPOH, 19 JAN - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 telah diadakan di Dewan Seminar PPM yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
 
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pencapaian para pegawai penyelidik pada tahun 2022 yang telah banyak mengangkat nama Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melalui pertandingan-pertandingan inovasi, pembentangan kertas teknikal, dan usahasama yang dijalinkan dengan pihak industri dalam pembangunan mineral.
 
Di samping itu juga, turut dibentangkan perancangan aktiviti R&D bagi tahun 2023 bagi memastikan kajian-kajian yang berkaitan dengan sumber mineral dapat dijalankan secara efektif dan efisien melalui pembangunan penyelidikan secara mampan.

Persidangan "Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth" Element Anjuran Al Mubin Synergy

Persidangan "Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth" Element Anjuran Al Mubin Synergy
KUALA LUMPUR, 15 DIS - Dr. Ismail bin Ibrahim dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral telah dijemput sebagai salah seorang penceramah bagi Persidangan Mastering The Knowledge Of Non Radioactive Rare Earth Element Anjuran Al Mubin Synergy yang berlangsung pada 15 September 2022 di Megaview Ballroom, KL Tower, Kuala Lumpur.
 
Beliau telah menyampaikan syarahan yang bertajuk Processing Of Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE) Resources.
Pegawai Pusat Penyelidikan Mineral yg turut hadir ke persidangan tersebut ialah En. Anuar Othman, Pn. Roshaida Arbain, En. Muhammad Afiq Afandi Abdul Aziz dan Dr. Tinesha Selvaraj.