Pingat emas buat PPM bagi rekacipta bertajuk Unlocking the Precious Mineral: Revolutionizing Sulphide-based Minerals Removal via Flotation Technique (SUMFLOTECH)

Pingat emas buat PPM bagi rekacipta bertajuk Unlocking the Precious Mineral: Revolutionizing Sulphide-based Minerals Removal via Flotation Technique (SUMFLOTECH)
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2023 - Malam Budaya Cipta merupakan kemuncak bagi acara ITEX'23. Pada acara ini, penyampaian pingat emas dan anugerah-anugerah khas telah disampaikan kepada semua pemenang.
 
Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah memenangi 1 pingat emas bagi rekacipta bertajuk Unlocking the Precious Mineral: Revolutionizing Sulphide-based Minerals Removal via Flotation Technique (SUMFLOTECH).
 
Tahniah diucapkan kepada Dr Tinesha dan semua rakan penyelidik dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM). Semoga terus maju jaya.
 

34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 - 12 Mei 2023.

 34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 - 12 Mei 2023.
KUALA LUMPUR, 11 MEI 2023 - Sedang berlangsung acara 34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 - 12 Mei 2023.
 
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menghantar 2 penyertaan ke pertandingan inovasi ini.
 
Dua rekacipta ini ialah Robust Eco-Green Filler (REF) dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan (CTBB) dan Revolutionizing Sulphide-Based Minerals Removal via Flotation Technique (SUMFLOTECH) dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM).
 
Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Semoga mendapat kejayaan cemerlang dan menaikkan lagi nama PPM di persada antarabangsa.
 
 

Program Bubur Lambuk 2023

Program Bubur Lambuk 2023

IPOH, 7 APRIL - Kerjasama antara Biro Hawa, Biro Sukan dan Biro Kebajikan PPM telah berjaya menyediakan juadah bubur lambuk untuk kakitangan PPM sempena ramadhan pada hari ini. Seramai 20 orang ahli KSK PPM yang menyertai Program Bubur Lambuk 2023.

125 bungkus bubur lambuk telah diagihkan pada program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli KSK PPM di samping menerapkan amalan bersedekah pada bulan yang mulia ini.

Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)

Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM)
IPOH, 6 APRIL 2023 - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad menyantuni anak-anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Ansori, Chemor Perak dalam Majlis 'Iftar Kubra' anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM) hari ini.
 
Majlis diserikan dengan Tahlil Arwah, Solat Maghrib, Isya', dan Tarawikh secara berjemaah yang dipimpin oleh Pelajar Tahfiz, Muhammad Nur Hakim Raasa Bin Khairul Fikri.
 
Dr. Nazwin Binti Ahmad yang juga selaku Penasihat KSKPPM turut menyampaikan sumbangan wang tunai, cenderahati dan duit raya kepada 38 anak yatim serta 4 orang guru pengiring yang diraikan, didahului oleh mudir Maahad Tahfiz Al Ansori, Al Fadhil Ustaz Azhari bin Abu Hassan.
 
Di akhir majlis, AF Ustaz Abdul Rashid Md Din menyampaikan Tazkirah Ramadhan yang berkaitan dengan Nuzul Quran kepada semua hadirin.

Kunjungan Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

Kunjungan Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
IPOH, 4 APRIL - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan En Abdul Rashid Omar iaitu Pegawai Perhubungan Awam daripada Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).
 
Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan dan kerjasama dalam menghasilkan cenderahati. Dalam lawatan ini, Pengarah Kanan PPM telah memberi penerangan ringkas berkenaan cenderahati yang telah dihasilkan oleh PPM dan dibawa melawat ke Galeri PPM.