Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023

Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023
PULAU PINANG, 18 MEI 2023 - Pusat Penyelidikan Mineral berjaya membawa pulang satu pingat emas dalam pertandingan inovasi Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023 yang berlangsung di UiTM Permatang Pauh pada 16 - 18 Mei 2023.
 
Pusat Penyelidikan Mineral telah menghantar 1 penyertaan iaitu Transforming Industrial Mineral Waste For Beneficial High Grade White Filler dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB).
 
Tahniah diucapkan dan semoga PPM terus cemerlang dalam inovasi di persada antarabangsa.
 

Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023

Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023
IPOH, 18 MEI 2023 - Perpustakaan PPM, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah mengadakan satu Program Galakan Membaca PPM Tahun 2023.
 
Program ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan bagi mempromosikan aktiviti dan fungsi perpustakaan PPM kepada semua kakitangan PPM, memupuk minat dan amalan membaca serta cintakan buku di kalangan kakitangan PPM, serta penglibatan kakitangan PPM dalam pelbagai aktiviti.
 
Program ini dengan tema "Buku Lama Adalah Buku Baharu Bagi Mereka Yang Belum Membacanya" diadakan sempena Program Galakan Membaca 2023.
 
Semoga penganjuran program ini dapat menanam, memupuk dan menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan semua warga PPM.
 
 

Lawatan Pegawai Penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke PPM

Lawatan Pegawai Penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ke PPM
IPOH, 17 Mei 2023 - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan seramai 5 orang pegawai penyelidik dari Universiti Teknologi Petronas (UTP).
 
Lawatan ini bertujuan menjalankan kerjasama dengan PPM bagi mendapatkan ilmu dan teknik-teknik yang betul berkaitan proses pengekstrakan unsur nadir bumi (REE).
 
Dr. Ismail bin Ibrahim selaku Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral telah mengetuai perbincangan tersebut bersama dengan pasukan REE PPM.
 
Para pelawat turut dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPM bagi mengenali lagi PPM melalui projek-projek penyelidikan yang telah dijalankan.
 
Semoga lawatan dan perbincangan ini merintis kepada kerjasama erat pada masa hadapan.
 
 

Pingat Emas dan Anugerah Istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023)

Pingat Emas dan Anugerah Istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023)
Tahniah diucapkan kepada Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) dan Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) kerana telah memenangi pingat emas dan anugerah istimewa dalam Pertandingan Malaysia Invention & Innovation Expo 2023 (MIIX 2023) yang diadakan secara virtual.
 
1. pHix: An Eco-Friendly Technology Combo to Mitigate Acid Mine Drainage
Pingat: Emas
Anugerah: Sustainability Innovation Special Award
Teknologi rawatan air mesra alam ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik JMG untuk merawat saliran lombong berasid (Acid Mine Drainage - AMD) yang merupakan air sisa industri perlombongan. Inovasi ini melibatkan kombinasi 3 teknologi rawatan air iaitu rawatan aktif, rawatan pasif dan fitoremediasi dalam menghasilkan kaedah rawatan AMD yang terbaik.
 
2. Bringing Waste Back into the Cycle - Eco-Sintered Tiles
Pingat: Emas
 
Inovasi ini adalah untuk menghasilkan jubin kaca seramik tersinter berkos efektif yang diperbuat daripada sisa industri yang mempunyai sifat fizikal-mekanikal yang tinggi setanding dengan jubin seramik komersil yang terdapat dipasaran.
 
 

Pingat perak dan gangsa buat PPM

Pingat perak dan gangsa buat PPM
KUALA LUMPUR, 13 MEI 2023 - Pada hari ini diadakan acara penyampaian pingat perak dan gangsa bagi 34th Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX'23) dan World Young Inventors Exhibition (WYIE) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah memenangi 1 pingat perak bagi rekacipta yabg bertajuk Robust Eco-Green Filler (REF) dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan (CTBB).
 
Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Hjh. Emee Marina dan semua rakan penyelidik dari Cawangan Teknologi Bahan Batuan (CTBB). Semoga terus maju jaya.