CTBT ADAKAN LAWATAN TEKNIKAL DI TINEX KAOLIN COPORATION SDN BHD

CTBT ADAKAN LAWATAN TEKNIKAL DI TINEX KAOLIN COPORATION SDN BHD

Pada 21 Mac 2018, satu lawatan teknikal dan aktiviti pengambilan sampel di lombong Tinex Kaolin Corporation Sdn Bhd, Simpang Pulai dan di kilang pemprosesan di Bidor,Tapah telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Lawatan ini telah diketuai oleh Dr Hjh Rashita Abd Rashid dan turut disertai oleh pegawai penyelidik, penolong pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan pembantu awam.

Melalui lawatan ini, para pegawai CTBT telah didedahkan secara meluas mengenai aktiviti perlombongan kaolin dan penentuan gred sampel yang dikeluarkan. Pegawai CTBT turut diberi penjelasan yang jelas oleh pihak pengurusan kilang mengenai pemprosesan kaolin bermula dari stockpile sehingga penghasilan produk akhir kaolin dalam bentuk serbuk. CTBT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Tinex Kaolin Corporation yang telah memberi keizinan untuk lawatan ini dan kepada JMG Perak kerana mengiringi rombongan.

Written by : ezulia