Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26 berjalan dengan lancar

Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26 berjalan dengan lancar

Pada 15 Mac 2018, PPM telah melaksanakan  Program Mentor Mentee bersama Pembantu Penyelidik Q26. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada pembantu penyelidik yang sudah berpengalaman dan berkemahiran tinggi untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam kerja-kerja penyelidikan di PPM kepada pembantu penyelidik yang baharu.

Dua orang pembantu penyelidik bergred Q26, yang menjadi Mentor sepanjang program yang dijalankan  ialah Puan Hjh Nasariah Binti Hj Shaari dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong & Kuari (CTPLK), serta Puan Loo Guek Hong dari Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL). Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Marlinda Binti Daud, pegawai penyelidik dari Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).

Program yang berlangsung di Dewan Seminar, PPM bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh pembantu penyelidik, En Mohd Firdaus Bin Musa. Sesi pertama ialah sesi bersama Puan Hjh Nasariah di mana beliau berkongsi pengalaman sepanjang bertugas di PPM serta beberapa ilmu penyelidikan dari CTPLK menggunakan pembentangan melalui slide. Beliau juga memberi banyak suntikan motivasi diakhir ucapan beliau kepada Mentee agar menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sesi kedua diterajui oleh Puan Loo Guek Hong di mana beliau menceritakan sejarah PPM dan beliau melahirkan rasa bangga dan syukur dapat menabur bakti di PPM. Beliau juga sempat menunjukkan beberapa keping gambar lama di slide yang sangat nostalgik dan bermakna di samping menceritakan pengalaman pahit manis yang tidak akan ditemui di mana-mana tempat. Setelah selesai program tersebut, sesi fotografi diadakan dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Walaupun program tersebut dijalankan secara santai dan dalam waktu yang terhad, tetapi impaknya adalah begitu besar kepada warga pembantu penyelidik yang baharu. Program ini telah berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Warga pembantu penyelidik mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua Mentor atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang begitu berharga.


Written by : ezulia