Hari Inovasi 2016 Peringkat PPM Disambut Meriah

Hari Inovasi 2016 Peringkat PPM Disambut Meriah

Hari Inovasi 2016 Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah disambut secara meriah pada 30 November 2016 bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan. Beberapa program telah diadakan bersempena dengan sambutan ini bermula dengan pameran projek penyelidikan dan kuiz hari inovasi pada 29 November 2016. Acara kuiz ini terbuka kepada semua kakitangan sokongan 1 dan 2 dan sambutan yang diberi adalah sangat menggalakkan. Bagi kategori sokongan 1, tempat pertama telah dijuarai oleh Pn. Norshila bt Osman, tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Pn. Fauziah bt Muhammad Isa dan Pn. Nurul Aisyah Yap bt Abdullah. Manakala bagi kategori sokongan 2, tempat pertama dimenangi oleh En. Anuar bin Osman, diikuti oleh En. Zamri bin Osman dan En. Che Nazri bin Che Mat Din untuk tempat kedua dan ketiga.

Majlis sambutan pula dimulai dengan bacaan perutusan hari Inovasi Ketua Pengarah JMG oleh Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Inovasi PPM, En. Aminudin bin Mahmud, diikuti dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang pertandingan kuiz dan kepada En. Muhamad Rasyidi bin Baharudin yang telah berjaya mewakili JMG ke pertandingan poster Inovasi 1NRE.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga sambutan hari Inovasi 2016 PPM ini dapat memberi suntikan semangat, cetusan idea dan menjana perubahan ke arah yang lebih baik buat semua warga PPM.

Written by : ezulia