KURSUS KESEDARAN MS ISO 9001 : 2015

KURSUS KESEDARAN MS ISO 9001 : 2015

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan kerjasama SIRIM STS Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Kesedaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 pada 27 Jun 2016 bertempat di Dewan Seminar, PPM. Kursus ini diadakan bertujuan untuk  menambahkan lagi  pengetahuan pegawai dan kakitangan PPM terlibat dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di PPM.  Pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) juga menghadiri kursus ini. Seramai 40 orang peserta berjaya mengharungi kursus satu hari ini.

Kursus ini diadakan sejajar dengan migrasi MS ISO 9001 : 2008 kepada MS ISO 9001 : 2015. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Nurrul Fazara binti Ab. Rashid dari SIRIM STS Sdn. Bhd. Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat memberi kefahaman dan gambaran yang menyeluruh berkenaan MS ISO 9001 : 2015 kepada mereka yang terlibat dan seterusnya bersedia untuk urusan migrasi ini pada tahun hadapan.

 

Written by : ezulia