LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SUMBER ASLI) NRE KE KOMPLEKS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS, IPOH

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SUMBER ASLI) NRE KE  KOMPLEKS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS, IPOH

Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nadzri bin Yahaya telah membuat lawatan kerja ke Kompleks JMG Ipoh pada 28 Jun 2016. Pusat Penyelidikan Mineral telah bertindak selaku tuan rumah bagi acara ini. Lawatan ini turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood. Acara lawatan ini telah dimulai dengan penyampaian taklimat oleh Ketua Pengarah JMG, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin bin Mior Jadid dan YBhg Dato’ TKSU juga telah menyampaikan beberapa amanat dan harapan beliau kepada jabatan ini.

Seterusnya, beliau serta rombongan telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPM, Muzium Geologi dan makmal-makmal di Bahagian Perkhidmatan Teknikal untuk mendapat gambaran dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bidang teras utama JMG.

Sebagai tanda penghargaan, pihak JMG telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kaca kristal berbentuk labu sayong hasil daripada formulasi yang dibangunkan oleh PPM kepada tetamu kehormat pada hari ini. Semoga acara lawatan ini membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak, JMG dan NRE.

Written by : ezulia