Pada 21 Oktober lepas, Pusat Penyelidikan Mineral telah menerima dua orang tetamu dari Industrial Innovation Centre, Oman. Sehubungan dengan itu, pada 22 Oktober 2019, pihak PPM telah mengadakan lawatan teknikal dan aktiviti persampelan di Kuari Bukit Pulai Sdn Bhd dan Kilang Sri Martek Marble Industries (M) Sdn Bhd dengan kerjasama dari pegawai JMG Perak.
Lawatan ini disertai oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) dan seorang pegawai dari Cawangan Pelaksana dan Pengkomersialan (CPP). Lawatan ini turut disertai oleh dua orang pegawai dari JMG Perak.
Para pegawai bergerak ke Kuari Bukit Pulai Sdn Bhd (atau dikenali sebagai Pulai Rock Resources Sdn Bhd) dan bertemu dengan wakil dari pihak kuari untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut dan mengambil sampel untuk dibawa balik sebagai bahan kajian.
Kemudian, lawatan diteruskan ke kilang Sri Martek Marble Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penghasilan marmar yang terbesar di Malaysia. Kilang ini menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan marmar seperti perabot dan jubin. Syarikat ini juga membekalkan marmar dalam bentuk blok atau kepingan tebal untuk dieksport ke Asia Tenggara. Pegawai-pegawai dibawa ke kilang penghasilan produk marmar untuk melihat antara proses-proses yang dilakukan sebelum produk siap untuk dipasarkan.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/lawatan-teknikal-dan-aktiviti-persampelan-di-kuari-bukit-pulai-sdn-bhd-dan-kilang-sri-martek-marble-industries-m-sdn-bhd#sigProId444f7b7f91