MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BIL 3/2017 DAN PROGRAM TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BIL 3/2017 DAN PROGRAM TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Buat pertama kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) BIL 3/2017 dan Program Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Kompleks JMG Ipoh yang telah diadakan pada 28 Mac 2017.

Sebelum mesyuarat dijalankan, YBhg Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad (Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) bersama YBhg Dato’ Dr. Nadzri Bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Ketua–ketua Jabatan di NRE serta Pengarah–pengarah Kanan, telah meluangkan masa melawat ke Makmal Teknologi Berasaskan Silika bagi melihat demostrasi pembuatan kaca kristal. Seterusnya, mesyuarat telah diadakan di Dewan Seminar sejurus selepas semua ahli mesyuarat menikmati jamuan makan tengahari.

Pada akhir majlis, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBhg Datuk Haji Meor Sallehhuddin bin Meor Jadid telah berbesar hati menyampaikan cenderahati berbentuk pasu kaca kristal kepada YBhg Dato’ Sri KSU manakala cenderahati berbentuk bekas minyak wangi kaca kristal diberikan kepada semua ahli mesyuarat bagi meraikan kedatangan mereka ke Kompleks JMG Ipoh.

Majlis berakhir dengan acara penutup iaitu Sesi Bersama Datuk Ketua Pengarah JMG bersempena dengan majlis persaraan beliau. Semoga dengan kehadiran dan lawatan YBhg Dato’ Sri KSU diharapkan dapat menyuntik semangat agar semua kakitangan dalam jabatan ini bekerja dengan lebih tekun dan gigih di samping menjadi warga JMG yang lebih cemerlang dalam perkhidmatan awam.

Terima kasih kepada YBhg Dato’ Sri KSU serta semua yang terlibat atas lawatan ke PPM dan kunjungan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai.

Written by : ezulia