Pembentangan Tamat Latihan Pelajar Latihan Industri USM

Pembentangan Tamat Latihan Pelajar Latihan Industri USM

Pada 17 Ogos 2018 yang lalu, sesi pembentangan tamat latihan oleh pelajar latihan industri telah diadakan. Kali ini, pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Seramai 4 orang pelajar USM telah menjalani latihan industri di sini selama 10 minggu, bermula pada 18 Jun 2018. Justeru, mereka diwajibkan mengadakan sesi pembentangan sebelum menamatkan latihan indusrti mereka di PPM. Para pelajar masing-masing telah ditentukan aktiviti kajian dan tugasan sepanjang mereka berada di sini.

Pelajar dan aktiviti kajian yang telah ditentukan oleh penyelia masing-masing ialah seperti berikut:
1. Zafirah Binti Mohd Zainuddin, (Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan) - Producing Precipitated Calcium Carbonate by using Three Different Starting Materials
2. Muhd Danial Hakkim Bin Mohd Khalil, (Cawangan Teknologi Perlombongan & Pengkuarian) - Study on influences of Blast Design to Ground Vibration at Quarry Site using SPSS
3. Nur Amirah Nabilah Binti Ali Khan, (Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong & Kuari) - Acid Mine Drainage Passive Treatment: Alkaline Substance Selection Analysis
4. Nur Alia Binti Mohammad, (Cawangan Teknologi Perlombongan & Pengkuarian) - Determination of Optimum Ratio of Hydrated Lime In Treating Acidic Mine Effluent from Bukit Besi

Sesi pembentangan para pelajar bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah PPM, En Aminudin Bin Mahmud, para pegawai penyelidik, pembantu penyelidik, serta beberapa warga PPM yang lain.

Setiap pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka selama 30 minit, dan disertai dengan sesi soal jawab antara pelajar dengan para peserta. Walaupun sesi ini berjalan dengan santai sahaja,namun setiap pelajar berjaya memberikan penerangan yang baik sepanjang program ini berlangsung. Program berakhir dengan sesi penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar oleh Timbalan Pengarah PPM.

PPM mengucapkan terima kasih kepada pihak USM kerana sudi memilih jabatan ini sebagai pusat latihan industri bagi para pelajar. Adalah diharapkan jalinan usahasama antara PPM dan USM dapat dipereratkan. PPM juga mengucapkan tahniah kepada keempat-empat pelajar tersebut kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di sini dengan jayanya. Semoga semua pelajar serta warga PPM mampu mendapatkan input-input berguna melalui program pembentangan ini.

 

Written by : ezulia