PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL MENYERTAI MINI SHOWCASE SEMPENA PENGANJURAN 14th GOVERNING COUNCIL MEETING OF THE CENTRE FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY OF THE MOVEMENT OF NON-ALIGNED AND OTHER DEVELOPING COUNTRIES (NAM S&T)

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL MENYERTAI MINI SHOWCASE SEMPENA PENGANJURAN 14th GOVERNING COUNCIL MEETING OF THE CENTRE FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY OF THE MOVEMENT OF NON-ALIGNED AND OTHER DEVELOPING COUNTRIES (NAM S&T)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah dipilih menyertai Showcase mini sempena penganjuran 14th Governing Council Meeting Of The Centre For Science And Technology Of The Movement Of Non-Aligned And Other Developing Countries (Nam S&T) bertempat di Hotel Everly, Putrajaya pada 5 September 2017 yang lalu.

MOSTI telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui inisiatif pengkomersialan negara menerusi Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2016 bagi memberi fokus kepada pengkomersialan produk-produk/ teknologi-teknologi hasil pembangunan dan penyelidikan (R&D) tempatan. Inisiatif ini telah dimulakan menerusi Tahun Pengkomersialan MOSTI 2014 hingga 2015, Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 dan Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0) bermula 2017 hingga 2019 sebagaimana diumumkan YAB Perdana Menteri pada 8 Disember 2016.

MOSTI melalui Bahagian Antarabangsa juga menganjurkan The 14th Governing Council Meeting of the Non-Aligned and other Developing Countries for Science and Technology (NAM S&T Centre) pada 5 hingga 7 September 2017. Sehubungan itu, bersempena dengan penganjuran mesyuarat ini, beberapa agensi termasuk PPM telah dipilih untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan yang telah tercalon dalam MCY 2017 masing-masing di dalam showcase mini ini.

Dalam showcase ini, PPM telah mempamerkan produk yang terpilih dalam MCY 2017 iaitu In-situ Technique for Paper Making. Di samping itu, beberapa produk kaca kristal dan perkhidmatan ujian batu dimensi dan ujian pemprosesan bijih timah juga turut dipamerkan kepada orang ramai. Diharapkan dengan menyertai program sebegini, orang ramai akan lebih mengetahui akan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan dan perkhidmatan yang ditawarkan di PPM.

Written by : ezulia