PPROGRAM LAWATAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DAN KAKITANGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

PPROGRAM LAWATAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DAN KAKITANGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh Unit Latihan, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh ke beberapa tempat menarik di Negeri Perak pada 21 Ogos 2017. Peserta terdiri daripada 10 orang Pelajar Latihan Industri dan 8 orang kakitangan PPM. Antara lokasi pilihan lawatan adalah Kinta Tin Mining Muzium Kampar di Kampar, Tin Dreging (Kapal Korek), di Tanjung Tualang, Muzium Arkeologi Lenggong dan Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada semua peserta lawatan mengenai sejarah perlombongan bijih timah di Negeri Perak serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.


Written by : ezulia