Seramai 50 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Ipoh telah menyertai Kursus Pemantapan Kecemerlangan Diri, Pasukan dan Organisasi (PKDPO) yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 hingga 29 Ogos 2017. Antara aktiviti yang telah diikuti sepanjang kursus ini ceramah berkaitan kecemerlangan diri dan kerja berpasukan. Aktiviti-aktiviti berkumpulan juga ditumpukan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan pemantapan kerja berpasukan. Kursus ini dirasmikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM.
Ucapan setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ridzuan Muhammad dari Innokreatif Q Sdn Bhd selaku Penceramah yang telah bersama-sama menjayakan kursus ini. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang telah diperoleh selama 2 hari berkursus di sini dapat membantu usaha-usaha kearah memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam setiap tugasan yang diberikan.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/kursus-pemantapan-kecemerlangan-diri,-pasukan-dan-organisasi#sigProId69f97e5a65