SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh berbesar hati menerima kunjungan seramai 25 orang Pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 Ogos 2017 (Selasa).Taklimat mengenai geologi Malaysia, mineral serta status pengurusan mineral di Malaysia dan juga maklumat, iaitu mineral yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia telah disampaikan. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Pegawai latihan PPM.

Pada akhir sesi kunjungan ini, pegawai-pegawai yang hadir juga berkesempatan melawat ke Galeri PPM dan Muzium Geologi. Diharap dengan perkongsian ilmu ini dapat membantu pegawai-pegawai dalam menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga pengalaman yang sedia ada.

Written by : ezulia