IPOH, 21 Mei 2024: Seramai 10 Pegawai dan Pembantu Geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah dipilih untuk menghadiri Seminar ICPMS yang berlangsung di Global Archeology Research Centre, USM Pulau Pinang. Seminar dianjurkan oleh Innolab Sdn Bhd, pengedar produk Thermo Fischer di Malaysia. Peserta didedahkan dengan penggunaan peralatan Laser Ablation dan ICPMS untuk tujuan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) dan air di makmal.
PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA, 20 MEI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) yang diketuai oleh Dr. Hj. Izhar Abadi Ibrahim Rais telah menghadiri satu sesi pembentangan bersama Jabatan Alam Sekitar Bahagian Udara.
Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi pemantauan udara yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral.
Sesi perkongsian ini telah dipengerusikan oleh En. Ryaan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Turut hadir adalah pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan juga Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran.
SESI TAKLIMAT SISTEM MyGEMS KEPADA KAKITANGAN MAKMAL GEOKIMIA (KUANTAN)
SESI TAKLIMAT SISTEM MyGEMS KEPADA KAKITANGAN MAKMAL GEOKIMIA (KUANTAN)
Satu sesi taklimat tatacara penggunaan dan tugasan kepada seluruh warga JMG dalam aplikasi sistem MyGEMS. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan Cawangan Pengurusan Maklumat JMG Malaysia yang terdiri daripada Dr. Mohamad Bin Abd Manap, En. Suhaimizi Bin Yusoff dan En. Mohd Anuar Bin Ishak.


Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi
BUKIT BESI, 16 MEI – Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) menjalankan aktiviti persampelan efluen lombong di sekitar Bukit Besi. Seramai 6 orang kakitangan CTPLK terlibat dalam kerja lapangan ini.
Satu taklimat berkenaan geologi kawasan ini juga telah disampaikan oleh ahli geologi pihak lombong. Penerangan ini memberi nilai tambah kepada penyelidikan rawatan saliran lombong berasid dan pemulihan sumber nadir bumi dari efluen lombong yang sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik CTPLK.
MAJLIS APRESIASI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 ,PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/202 DAN SILATURAHIM
IPOH, 15 Mei - Majlis Silaturahim & Apresiasi Prestasi 2023 telah berlangsung di sekitar Foyer, PPM. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM). Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM yang juga merupakan penasihat bagi KSKPPM.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama kakitangan PPM bersempena menyambut bulan syawal yang mulia. Pelbagai juadah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Majlis juga turut dihadiri YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia