PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR

PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 14 Mei 2024 – Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu Program Kesihatan bagi Pegawai dan Kakitangan yang berusia 40 tahunΒ di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Menjaga kesihatan perlu juga dimasukkan dalam senarai keutamaan hidup kita kerana tanpa kesihatan, kita tidak mampu melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian kita yang lain.

Baca selanjutnya

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 π’πˆπ’π“π„πŒ ππˆπ† 𝐃𝐀𝐓𝐀 π€ππ€π‹π˜π“πˆπ‚π’

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 π’πˆπ’π“π„πŒ ππˆπ† 𝐃𝐀𝐓𝐀 π€ππ€π‹π˜π“πˆπ‚π’
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 π’πˆπ’π“π„πŒ ππˆπ† 𝐃𝐀𝐓𝐀 π€ππ€π‹π˜π“πˆπ‚π’ 𝐍𝐑𝐄𝐒 | πŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’
Β 
YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Big Data Analytics Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (BDA NRES) bagi kes bisnes Pengurusan Bersepadu Bencana Geologi Tanah Runtuh Negara atau akronimnya GeoSlide hari ini.
Majlis berlangsung di Conference Hall 1, PICC dengan bertemakan "Unlock the Power of Data with GeoSlide's Analytics Solutions" dan telah dihadiri oleh 130 orang peserta.
Β 
Program pengurusan perubahan BDA NRES ini adalah sebagai sebuah program kesedaran dan kecaknaan mengenai pembangunan sistem BDA NRES bagi kes bisnes GeoSlide. Selain itu, program ini sebagai platform libat urus bersama agensi responder, jabatan Kerajaan, universiti dan NGO, dan seterusnya memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Agensi Pembekal Data dalam pembangunan data analitik GeoSlide serta memperkukuhkan sinergi antara semua pihak berkepentingan (stakeholders) yang terlibat dalam pengurusan dan koordinasi bencana.
Β 
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli FIGM dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Tuan Hj. Mohd Azman bin Hj. Mohd Ariffin.
Β 
Mungkin imej 4 orang, dais dan teks
Β 
Mungkin imej 6 orang, kain batik cetak, dais dan teks yang berkata 'MATANMINERALD ENG ENG Ξ•ΞœΞ‘Ξ“Ξ‘ EMAR NE ED NNSES SE'
Β 
Mungkin imej 5 orang, dais dan teks
Β 

Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024,

Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024,
Sijil Penghargaan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024
Β 
Β 
Sempena Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah dianugerahkan Sijil Penghargaan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 7 Mei 2024 (Selasa). Penyerahan sijil telah diterima oleh YBrs. Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah.
Β 
Majlis apresiasi ini dianjurkan bagi menzahirkan rasa penghargaan dan pengiktirafan di atas komitmen yang ditunjukkan agensi-agensi berkaitan dalam pengurusan bencana negara khususnya ketika tempoh MSL 2023/2024 yang berlaku pada 11 November 2023 hingga 24 Mac 2024 yang lalu.
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Β DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA),Β PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA),Β DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan diΒ Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Baca selanjutnya