Kuantan, 3 Oktober 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah mengadakan lawatan ke Syarikat Lynas di Gebeng Kuantan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan makmal tentang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE). Para peserta diberi taklimat dan dibawa melawat ke Makmal analisis REE syarikat berkenaan.
Lawatan Kerja ke Tapak Penggerudian Projek Susulan SGA ECER
Kuantan, 22 Oktober 2024: Seramai lima orang pegawai dari Makmal Geokimia Kuantan bersama pegawai projek dari JMG Pahang telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Penggerudian Projek Susulan SGA ECER di Kawasan Anomali P18, Ladang Gambang YPPH, Pulau Manis, Pekan, Pahang.
Latihan Pengungsian Bangunan Makmal Geokimia Kuantan
Kuantan, 23 Oktober 2024: Satu Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Makmal Geokimia Kuantan telah berjaya dijalankan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN BISNES (BRS) 2 SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL TERAIN DAN CERUN NEGARA (NATSIS
SESI PENGENALAN PENGUNAAN iPAD BAGI SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MyGEMS) & LIBAT URUS SSPA
Satu sesi pengenalan penggunaan iPAD bagi Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia dan Sesi Libat Urus SSPA telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2024 di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs Datuk Zamri bin Ramli (Ketua Pengarah JMG Malaysia) dan telah dihadiri oleh semua Pengarah Kanan, Pengarah Cawangan dan Pengarah Negeri JMG Malaysia.