KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral dan Geosains Sabah (KEMG) bergabung tenaga dengan Kelab Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI) untuk mengadakan majlis sambutan bulan kelahiran semua kakitangan warga JMG Sabah. Hasil buah fikiran Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli selaku Timbalan Presiden BKKI, tujuan majlis ini diadakan sempena meraihkan kelahiran warga JMG Sabah dan menghargai mereka.
PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL.4/2018 ANJURAN UNIT GEOSAINS
KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Geosains.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PERPUSTAKAAN JMG SABAH
KOTA KINABALU (26 APRIL 2018) : KHAMIS, satu mesyuarat Jawatankuasa bagi projek kerja-kerja memindahkan perpustakaan di tingkat 3 ke tingkat bawah dan kerja-kerja menaiktaraf aktiviti-aktiviti perpustakaan serta lain-lain kerja yang berkaitan di blok jesselton, JMG Sabah bil.2/2018 telah diadakan pada 26 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Chromite, tingkat 3, JMG Sabah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) disamping Setiausaha Puan Suriani bt. Ramlee (Pembantu Pustakawan).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli iaitu Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), Encik Jeffery Paping (PPT), Pn. Margaret Stephen Mozimin (Penolong Juruukur), Pn. Besty J. Adim (Penolong Juruukur), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains) dan Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan). Manakala En. Morius Bantas tidak dapat hadir kerana sedang bertugas rasmi di luar pejabat.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan pelan cadangan dan spesifikasi bagi penyediaan dokumen sebutharga tersebut.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU SAMM MS ISO/IEC 17025:2017
IPOH, PERAK (25 APRIL 2018) : RABU, satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MS ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan pada 25 April 2018 bertempat di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn Haji Mohamad Bin Kassim dari Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT Ipoh.
SESI EXIT CONFERENCE NAZIRAN PEROLEHAN OLEH JAN KK
KOTA KINABALU, SABAH (23 APRIL 2018) : ISNIN, pada petang ini, satu sesi perbincangan antara naziran daripada Kumpulan Audit, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sabah bersama Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) sedang diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jessleton, JMG Sabah.