KOTA KINABALU, SABAH (17 APRIL 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Terima Kasih buat Pn. Margaret Chong atas sumbangan bakti beliau selama bertugas di JMG Sabah. Hari ini merupakan tarikh terakhir beliau berkhidmat di JMG Sabah dan bermulanya pra-persaraan Pn. Margaret Chong sebagai Pembantu Tadbir N22, beliau akan bersara wajib pada 17.07.2018 pada usia 60 tahun.
BENGKEL UNESCO GLOBAL GEOPARK: ASPIRING KINABALU GEOPARK
KUNDASANG, SABAH (13 APRIL 2018) : JUMAAT. "Bengkel UNESCO Global Geopark: Aspiring Kinabalu Geopark" yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 April 2018 telah diadakan di Taman Kinabalu, Kundasang. Bengkel yang diadakan tersebut adalah merupakan anjuran Taman-Taman Sabah dan telah dirasmikan oleh En. Ludi Apin , Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah. Bengkel ini telah disampaikan oleh empat orang fasilitator iaitu Prof. Emeritus Dato 'Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Che Aziz, Prof. Dr. Felix Tongkul dan Dr. Dana Badang dari Jawatankuasa Pelaksanaan Geopark Kebangsaan Malaysia.
SYABAS BUAT PN. JAYAWATI KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA
KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah dan Syabas buat Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi kerana berjaya mengikuti kursus luar negara di IS-Geo of KIGAM, Daejeon, Republic of Korea bermula pada 09 April 2018 sehingga 27 April 2018.
PEMERIKSAAN TEKNIKAL OPERASI PENGKUARIAN DI SEKITAR DAERAH TUARAN DAN DAERAH KOTA KINABALU
KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, Pihak Unit Pembangunan Lombong dan Kuari telah menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas beberapa kawasan tapak kuari di sekitar Tamparuli, Tuaran dan Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu di sini. Pemeriksaan ini diketuai oleh Tuan Haji Nurul Huda bin Romli selaku Ketua Unit Lombong dan Kuari dan disertai oleh En. Mohd Shafreen bin Mad Isa, Pn. Rosita Tan, En. Arthur Leo dan En. Mohammad Azrol Bin Mohammad Hanaffi.
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI DUA ORANG PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2018) : RABU, satu majlis ringkas bagi menutup dan menyampaikan sijil kepada dua orang pelajar Latihan Industri telah dibuat oleh Unit Pengurusan Maklumat di bilik ICT pada pagi ini. Sijil telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) kepada pelajar tersebut.