KOTA KINABALU (26 JANUARI 2018) : JUMAAT, BKKI JMG Sabah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yaasin di Dewan Nephrite JMG Sabah. Pihak BKKI mengalu-alukan kedatangan muslimin muslimat JMG Sabah untuk sama-sama dalam majlis pagi ini. Majlis ini dijangka berlangsung sekitar jam 9.00 pagi ini. Semoga kehadiran tuan/puan warga JMG Sabah dapat mengimarahkan lagi majlis ini dan semoga majlis pertama anjuran BKKI JMG Sabah ini akan mendapat keberkatanNya. Aamiin...
SIHAT DENGAN BERBASIKAL
KOTA KINABALU, SABAH (25 JANUARI 2018) : KHAMIS, Seperti yang kita sedia maklum bahawa kerajaan telah menyarankan semua kakitangan perkhidmatan awam agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Justeru itu, warga JMG Sabah menyahut cabaran dengan mengadakan aktiviti berbasikal sesama rakan sejawat.
TAKLIMAT PROGRAM FIT & COOL 2018 (PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN) KEPADA INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA
KOTA KINABALU, SABAH (24 JANUARI 2018) : RABU, 10.00 pagi. Satu Taklimat daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sedang melaksanakan Program Fit & Cool 2018 bagi menggalakan amalan gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pengurusan berat badan yang unggul dan pemakanan sihat. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Mustafa [Pengarah Perancangan Dan Penilaian Program, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)] bertempat di Auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Negeri Sabah. Seramai enam puluh (60) orang daripada pelbagai agensi/organisasi telah menghadiri taklimat tersebut. Puan Shuryanteh binti Mohd Yassin dan Puan Besty J. Adim telah hadir sebagai wakil daripada JMG Sabah. Sekian.
WORKSHOP ON LOW ALTITUDE UAV PHOTOGRAMMETRY FOR ENGINEERS AND GEOSCIENTISTS
PULAU PINANG (25 JANUARI 2018) : KHAMIS, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah mengadakan satu bengkel selama 2 hari pada 24 dan 25 Januari 2018 bertempat di dalam kampus itu sendiri. Bengkel tersebut bertajuk "Workshop on Low Altitude UAV Photogrammetry for Engineers and Geoscientists" yang dihadiri oleh pegawai geosains dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin.
Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018
Kota Kinabalu, Sabah : 24 Januari 2018 (Rabu) - Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bi.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sumber Mineral, JMG Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Jenneth Cyril selaku Ketua Aktiviti Mineral Berlogam. Turut hadir dalam mesyuarat ini, En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains), En. Mison Bin Ajum (Pegawai Geosains), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains), En. Hj. Japili Samin (Pembantu Geosains), dan En. Daigo Intang (Pembantu Geosains).