Melaka, 30 September 2013 - JMG Negeri Sembilan dan Melaka bersama JMG Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-20 anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ( JKPTG ) yang bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Program yang telah berlangsung selama dua hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Selain daripada JMG, terdapat beberapa jabatan lain yang telah turut serta dalam pameran tersebut, antaranya adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ( JPSM ), Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Melaka, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan JKPTG. Sambutan dari semua pihak terutamanya pihak hotel, penganjur dan peserta persidangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Carta Jawatankuasa AKRAB JMG 2013-2015
Untuk makluman semua, Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus (JKTU) Bil. 2/ 2013 pada 18 Julai 2013 telah bersetuju terhadap cadangan Senarai Lantikan Jawatankuasa AKRAB JMG Sesi 2013 -2015 sebagaimana carta organisasi di atas. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 bagi tempoh dua (2) tahun.
Kejayaan Pasukan Perbarisan JMG Sarawak Sempena Harijadi TYT Negeri Sarawak
Pada 14 September 2013, kontinjen perbarisan JMG Malaysia, Sarawak telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sempena Sambutan Hari jadi ke-92 TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak dan perbarisan ini disertai oleh 92 kontinjen perbarisan dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
AMBANG MERDEKA RAYA 2013
Bersempena Syawal dan bulan kemerdekaan, Badan Kakitangan Islam (BKKI) Sarawak dengan kerjasama Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) telah mengadakan Majlis Ambang Merdeka Raya (MAMR) 2013. Pada majlis tersebut seluruh warga kerja JMG Sarawak telah turut serta.
Sukan NRE 2013
Pada 13 September 2013 telah berlangsung Perasmian Sukan NRE 2013, bertempat di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM). Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Acara sukan kali ini berlangsung dari 13 hingga 15 September 2013 dan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Seramai 113 peserta dari JMG seluruh negara telah mengambil bahagian dalam 13 acara daripada 23 acara keseluruhan.