Lawatan Kerja Makmal BPT ke ESCO MICRO

Lawatan Kerja Makmal BPT ke ESCO MICRO

SHAH ALAM, 19 September 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke ESCO Micro, Shah Alam. Lawatan bertujuan melihat dan menilai secara fizikal sistem kebuk wasap terkini dan tercanggih yang terdapat dipasaran. Ia juga bertujuan untuk penambahbaikkan spesifikasi agar berupaya mematuhi peraturan ditetapkan DOE dan OSHA bagi persediaan perolehan sistem ini tahun hadapan. Ia penting bagi memastikan makmal yang merupakan makmal rujukan utama negara dalam skop analisis sampel geologi terus menawarkan perkhidmatan berkualiti dan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara.

ESCO Micro merupakan antara pembekal utama sistem kebuk wasap di dalam negara.

Pihak Makmal diwakili oleh tiga pegawai dan lima kakitangan yang diketuai oleh En. Mohd Fuzi Hashim. Pihak Makmal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ESCO Micro kerana memberi peluang kepada kami menilai dan menguji sistem kebuk wasap antara yang terkini yang ditawarkan dipasaran.

 

XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING

XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 17 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin menghadiri ‘flag off’ XPDC Saintifik Gunung Arong yang akan berlangsung dari 17.09.2024 hingga 21.09.2024. Majlis yang secara rasmi telah disempurnakan pelancarannya oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berjalan lancar dengan turut dihadiri oleh ketua-ketua Agensi terlibat.
Baca selanjutnya

Majlis Tandatangan Dokumen Kontrak "MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAHKAN PERALATAN AMARAN AWAL BENCANA GEOLOGI (EWS) TANAH RUNTUH TERDIRI DARIPADA TOLOK HUJAN TELEMETRI DAN PENGESAN PERGERAKAN TANAH BAGI PUSAT BENCANA GEOLOGI NEGARA DI BAHAGI

Majlis Tandatangan Dokumen Kontrak "MEMBEKAL, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAHKAN PERALATAN AMARAN AWAL BENCANA GEOLOGI (EWS) TANAH RUNTUH TERDIRI DARIPADA TOLOK HUJAN TELEMETRI DAN PENGESAN PERGERAKAN TANAH BAGI PUSAT BENCANA GEOLOGI NEGARA DI BAHAGI
Projek ini adalah langkah proaktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sebagai tindakan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh dengan pemasangan EWS di 34 kawasan hotspot tanah runtuh di seluruh negara iaitu di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah & Sarawak, berada dalam tahap bahaya yang tinggi serta kawasan elemen berisiko.
Langkah ini juga bagi menghadapi fenomena hujan lebat berterusan yang melanda negara semasa Monsun Timur Laut (MTL), boleh mengakibatkan potensi berlakunya ancaman tanah runtuh di kawasan berbukit tinggi, penempatan dan laluan bercerun khususnya di mana sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.