MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS
 
PUTRAJAYA, 11 September 2024: Hari ini telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) di antara JMG dengan Aztec Sinar Sdn. Bhd. JMG telah diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli manakala Aztec Sinar telah diwakili oleh Pengarahnya, En. Azman Yunus. Perjanjian telah disaksikan oleh Pengarah Kanan BPT, Datok Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil dan En. Nazri Syawal Bin Abu Hassan bagi pihak Aztec Sinar Sdn. Bhd.
Dengan perjanjian ini bermakna lengkap lah sudah proses perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) dan hanya menunggu pembekalan dari pihak pembekal.
Adalah diharapkan dengan penerimaan alat yang baru ini akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kerja makmal serta mengurangkan tempoh masa analisis. Makmal akan berupaya untuk menganalisis sampel dengan lebih cepat dan tepat boleh membantu dalam pengurusan projek yang lebih baik dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih efektif.
Dengan menggunakan teknologi terkini, Makmal JMG diharapkan dapat memastikan bahawa mereka mampu memenuhi atau melebihi standard industri, meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap hasil kerja makmal dan diharapkan juga dengan perlatan baru ini, makmal akan dapat menghasilkan lebih banyak kajian bagi menyokong perkembangan industri mineral negara ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai serta kakitangan JMG terutama pihak Pengurusan Tertinggi JMG, Ketua Projek Penilaian Potensi Sumber Nadir Bumi (REE) serta Core Group REE, Urusetia serta jawatankuasa-jawatankuasa Tender Perolehan LAICPMS dalam menyumbang segala bentuk peruntukan kewangan, masa dan tenaga bagi merealisasikan perolehan peralatan LAICPMS ini

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONTRAK PEROLEHAN LA-ICPMS

PUTRAJAYA, 11 September 2024:  Hari ini telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) di antara JMG dengan Aztec Sinar Sdn. Bhd. JMG telah diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli manakala Aztec Sinar telah diwakili oleh Pengarahnya, En. Azman Yunus. Perjanjian telah disaksikan oleh Pengarah Kanan BPT, Datok Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil dan En. Nazri Syawal Bin Abu Hassan bagi pihak Aztec Sinar Sdn. Bhd.

Baca selanjutnya

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO 9001:2015, TAKLIMAT UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KESEDARAN MS ISO 9001:2015, TAKLIMAT UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL

IPOH, 9 SEPTEMBER – Pada tahun ini, Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 yang diadakan sepanjang bulan September telah memasuki tahun ke empat. Oleh itu, bersempena dengan program ini, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menyusun beberapa program yang berkaitan. Program pertama sempena bulan kesedaran ini ialah penyampaian taklimat berkaitan MS ISO 9001:2015 dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan.

Taklimat Kesedaran MS ISO 9001:2015 telah disampaikan oleh Pn. Siti Noorzidah binti Mohd. Sabri. Taklimat Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi telah disampaikan oleh Ts. Zawawi bin Mahim dan taklimat Perkhidmatan Ujian Pemprosesan Mineral telah disampaikan oleh Ts. Costantine Joannes.
Semoga penyampaian taklimat ini dapat memberi kesedaran kepada semua kakitangan PPM berkaitan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi dua skop perkhidmatan iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).

MESYUARAT PEMURNIAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MINGEOGIS @ MyGEMS) - KLUSTER BENCANA GEOLOGI

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk pemurnian dan pengayaan data bencana geologi di dalam Sistem MINGEOGIS bagi memastikan data diselaraskan dan seragam untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan konsistensi data.
Mesyuarat ini di adakan pada 9 hingga 11 September 2024 (Isnin hingga Rabu) bertempat di Ibis Hotel, Melaka.