LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE
IPOH, 15 Mei 2024:Β Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.
PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 14 Mei 2024 βΒ Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu Program Kesihatan bagi Pegawai dan Kakitangan yang berusia 40 tahunΒ di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Menjaga kesihatan perlu juga dimasukkan dalam senarai keutamaan hidup kita kerana tanpa kesihatan, kita tidak mampu melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian kita yang lain.