Projek Kajian Pembangunan Manik Komposit

Projek Kajian Pembangunan Manik Komposit
Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) sedang menjalankan aktiviti projek Kajian Pembangunan Manik Komposit Sebagai Bahan Penjerap Bagi Rawatan di bawah Projek Pembangunan Inovasi Dan Pengkomersialan Produk Mineral Perindustrian Dan Sisa Industri, Rancangan Malaysia ke-12 (bagi tahun 2021 – 2025).
Kajian ini memberi fokus kepada kalsium karbonat termendak (precipitated calcium carbonate-PCC) untuk dihasilkan sebagai produk inovasi iaitu bahan penjerap bagi rawatan air.
Pengaplikasian manik komposit bagi kajian ini akan digunapakai bagi penjerapan logam berat mangan (Mn) daripada saliran lombong berasid di peringkat makmal. Untuk maklumat lanjut berkaitan kajian ini, sila hubungi:
Pegawai Bertanggungjawab: Norinsafrina binti Mustaffa Kamal (Pegawai Penyelidik)
E-mel: norin@jmg.gov.my

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23 (MAT-23) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM)

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23 (MAT-23) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM)
IPOH, 26 MAC - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKPPM) Kali Ke - 23 (MAT-23) telah diadakan di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBhg. Dr. Nazwin binti Ahmad, merangkap Penasihat KSKPPM. Dalam mesyuarat ini, para ahli jawatankuasa telah membentangkan laporan mengikut tugas masing-masing kepada semua ahli KSKPPM. Selain itu, terdapat sesi soal-jawab serta sesi berbincangan berkaitan isu-isu berkaitan dengan kelab.
Mesyuarat seterusnya telah membubarkan jawatankuasa sedia ada bagi digantikan dengan jawatankuasa yang baharu setelah selesainya proses pengundian pada 25 Mac yang lalu. Dengan berakhirnya MAT-23, maka berakhirlah pentadbiran JK KSKPPM Sesi 2022/2024. JK sesi itu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama dari seluruh ahli kelab.
Menurut wakil JK KSKPPM 2022/2024 itu lagi, pihaknya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan JK KSKPPM yang baharu. Disamping tu, wakil JK tersebut juga memohon ribuan kemaafan seandainya terdapat kekhilafan sepanjang proses pengundian dan MAT-23 berlangsung.
”Tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan, segala perancangan yang diatur tidak mungkin dapat dilaksanakan” ujarnya lagi.

Program ‘Iftar Kubra’

 Program ‘Iftar Kubra’
IPOH, 21 MAC – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) hari ini telah mengadakan program ‘Iftar Kubra’ bertempat di perkarangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Dalam program tersebut, seramai 65 orang anak yatim dan 11 orang pengiring dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor telah diraikan.
Ahli KSKPPM serta kakitangan PPM turut beramah mesra dan menyantuni anak-anak yang penuh berkat ini. Kedatangan Ahli Bersekutu KSK PPM turut menceriakan suasana dalam sama-sama meraikan anak-anak bertuah ini.
Antara pengisian dalam program tersebut ialah, bacaan tahlil arwah, berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib secara berjemaah, penyerahan cenderahati, penyerahan duit raya, dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan pihak pengurusan yayasan tersebut yang disampaikan oleh Dr. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral yang diringi oleh Yang Dipertua KSKPPM, En. Hamdan bin Yahya.
Program ini kemudiannya diteruskan dengan solat Isya' berjemaah, solat sunat Tarawikh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Ahmad Puzi bin Muhamed.
Semoga program yang penuh makna seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023
 
Port Dickson, 22 April 2024: Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.
Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.

Bye 👋🏻 bye 👋🏻 Tayo!! 🖐🏼😃… banyak jasa Tayo kpd JMG

Bye 👋🏻 bye 👋🏻 Tayo!! 🖐🏼😃… banyak jasa Tayo kpd JMG
Bye 👋🏻 bye 👋🏻 Tayo!! 🖐🏼😃
 
Banyak jasa Tayo kpd JMG namun tiba masanya untuk berpisah dan dijaga oleh pemilik baru. Tayo tidak asing kepada warga JMG dan kepada warga yang selalu bersamanya, memang terasa… 🥹
Pada 5/4/2024, Tayo yang merupakan bas JMG telah dilupuskan dengan kaedah jualan sisa secara sebutharga kepada Syarikat AMdas Metal Trading. Tayo yang berusia 17 tahun ini telah digunakan sepenuhnya oleh kakitangan JMG Malaysia namun ianya dilupuskan disebabkan uzur dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
 
Antara yang hadir di lokasi bagi menyaksikan penyerahan bas ini adalah Pn. Norhayati binti Mohd Rawi (Pegawai Aset Jabatan), Pn. Najwa Binti Hood (Penolong Pegawai Tadbir), Pn Norzarina Binti Abdullah (Pembantu Tadbir) dan En Lokman Bin Marni (Pemandu Kenderaan).
Semoga Tayo baik-baik bersama pemilik barunya. Terima kasih Tayo!