MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES
💠MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NRES💠
 
📍 Dewan Alwy, FRIM Kepong
📆 24 April 2024
 
JMG telah turut sama terlibat dalam
sambutan hari raya Aidilfitri NRES pada hari ini.
Sambutan yang amat meriah ini dihadiri oleh semua warga NRES termasuk wakil jabatan dan agensi NRES.
Reruai-reruai pelbagai juadah bertemakan Raya Lestari oleh perbagai jabatan dan agensi di bawah NRES telah menyerikan majlis ini.
Reruai JMG menyediakan pebagai kuih tradisional dan mendapat sambutan yang hangat.
Majlis diserikan dengan kehadiran, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri NRES, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG dan juga pengurusan tertinggi NRES serta para tetamu jemputan yang lain.

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva

Sambutan Delegasi PPM yang menang pingat Emas Di Geneva
SEPANG, 24 April - Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli F.I.G.M bersama barisan pengurusan tertinggi JMG, diiringi oleh Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, YBrs. Dr. Nazwin bt Ahmad telah menyambut ketibaan delegasi PPM-JMG, Dr. Rohaya bt Othman dan Ts. Dr. Emee Marina bt Salleh yang tiba di KLIA pagi ini.
Turut hadir dalam acara sambutan ini ialah para pegawai dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak).
 
Delegasi PPM-JMG telah memenangi satu pingat Emas dan Anugerah Khas Juri di Pameran Rekacipta Antarabangsa Geneva Ke-49 di Palexpo, Geneva, Switzerland yang berlangsung pada 17-21 April yang lalu.

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

MESYUARAT EDITOR LAPORAN TAHUNAN JMG 2023

Port Dickson, 22 April 2024:  Telah diadakan Mesyuarat Editor Laporan Tahunan JMG 2023 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Mesyuarat berlangsung dari 22 hingga 24 April 2024 dan di pengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifli Che Soh.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kandungan setiap chapter yang akan dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2023. Seramai 19 pegawai JMG negeri-negeri hadir membentangkan skop tugasan masing-masing.

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT

Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

49th Geneva International Exhibition of Inventions

49th Geneva International Exhibition of Inventions
Pertandingan:
*49th Geneva International Exhibition of Inventions*
Tarikh: 17 - 21 April 2024
Tempat: Palexpo, Geneva, Switzerland
Projek Inovasi:
*Rejuvenating Global Wealth via Remineralisation*
Pencapaian:
- *Pingat EMAS* dengan *Special Congratulations from Jury*
- *Special Award (Potential to significantly enhance human living)* daripada *Taiwan Invention Association (TIA)*
Ringkasan Projek:
Kalsium karbonat termendak (PCC) dihasilkan dengan mengitar semula sisa kapur karbida daripada industri asetilena. Melalui pemineralan semula ini, PCC digunakan sebagai bahan pengisi lestari dalam pelbagai produk komersial.