SIASATAN GEOLOGI BENCANA TANAH JERLUS DI MASJID INDIA DAN TEMBOK PENAHAN RUNTUH DI TAMAN BUNGA RAYA, KUALA LUMPUR

SIASATAN GEOLOGI BENCANA TANAH JERLUS DI MASJID INDIA DAN TEMBOK PENAHAN RUNTUH DI TAMAN BUNGA RAYA, KUALA LUMPUR
Sekitar Siasatan Geologi Bencana Tanah Jerlus di Masjid India dan Tembok Penahan Runtuh di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
 
Team Bencana Geologi JMG SWP telah turun ke tapak bersama Datuk Ketua Pengarah JMG dan Pengarah JMG SWP untuk memberikan khidmat kepakaran berkaitan geologi kepada agensi terlibat dalam usaha 'search and rescue' yang dijalankan.
 
Penerangan ringkas berkaitan geologi turut diberikan kpd YBM Wilayah Persekutuan, YB Dr. Zaliha Bt. Mustafa dan pihak berkaitan.
 
Marilah bersama kita berdoa supaya misi pencarian dipermudahkan.
 
Secara umumnya, JMG sentiasa memberi penekanan supaya pembangunan hendaklah beradaptasi dengan alam sekitar, dan bukan melawan alam sekitar. Pada masa sama, aspek 'Disaster Risk Reduction' hendaklah diamalkan dalam setiap inci pembangunan di Malaysia.

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu

Sesi Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study) bagi Projek Kerja Baik Pulih di Luar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu dipengerusikan YBhg. Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan dengan jayanya di Raia Hotel & Convention Center Terengganu pada 22 Ogos 2024 diurusetiakan Bina Pragmatik Sdn Bhd. Terima kasih di atas segala input/maklumbalas yang konstruktif yang diterima daripada peserta URS kali ini.
 
LAWATAN PELAJAR PASCA SISWAZAH DAN KAKITANGAN DARI PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

LAWATAN PELAJAR PASCA SISWAZAH DAN KAKITANGAN DARI PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE GALERI PENYELIDIKAN DAN MAKMAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
IPOH, 22 OGOS - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar pasca siswazah dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia pada hari ini.
Rombongan yang terdiri daripada 39 orang pelajar dan 7 orang kakitangan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPM, CTBS dan CTPP.
Semoga dengan kunjungan lawatan ini, para pelajar pasca siswazah dan kakitangan dapat menimba ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman tentang cara pemprosesan mineral di samping memperoleh pengalaman melihat secara langsung protokol dan cara pengurusan makmal penyelidikan.

BENGKEL ANALISIS PENGEMBANGAN TERMA MENGGUNAKAN ALAT DILATOMETER

BENGKEL ANALISIS PENGEMBANGAN TERMA MENGGUNAKAN ALAT DILATOMETER
IPOH,21 Ogos - Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu bengkel mengenai ‘Analisis Pengembangan Terma Menggunakan Alat Dilatometer’ pada hari ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai alat dilatometer, cara pengendalian dan prinsip yang digunakan disebalik analisis yang dijalankan.
Bengkel ini di sampaikan oleh Encik Kelvin, wakil daripada LMS Scientific Solution Sdn. Bhd dan dihadiri oleh seramai 15 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan bengkel ini dapat memberikan pendedahan dalam pengendalian alatan ini dan seterusnya meningkatkan lagi mutu penyelidikan di PPM.