KOTA BELUD, SABAH (11 OKTOBER 2017) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah melantik satu jawatankuasa baru yang diberi nama Jawatankuasa Program Kesedaran Bencana Geologi.
PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA(K2M) 2017
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, SABAH (08 OKTOBER 2017) AHAD : Institut Kimia Malaysia(IKM) telah mengadakan pameran di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan pada 07 Oktober 2017 sempena Karnival Kimia Malaysia(K2M) 2017. Beberapa agensi daripada badan Kerajaan dan NGO turut serta dan mendapat jemputan sempena karnival tersebut. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah adalah salah satu yang menerima jemputan daripada IKM untuk mengikuti pameran tersebut.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2017 DAN MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MOHAMED HIZAM BIN ABD. KADIR
Johor Bahru, 24 September 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dan Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 7/2017 Majlis Perpisahan Encik Mohamed Hizam bin Abd. Kadir untuk rujukan dan makluman semua.
Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM
Majlis Pelancaran Rasmi Lesen Pembedil dan Penyampaian Kepada Pemegang Lesen JMG, PDRM, MQA, MCOM dan IQM telah diadakan dengan jayanya pada 20 September 2017, 10.00 pagi bertempat di Hotel Silika, Cheras, Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
Selamat Bersara Tuan Haji Mustafa bin Hamzah
Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Haji Mustafa bin Hamzah, Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi. Seluruh warga JMG mendoakan semoga Tuan Haji sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.