KOTA KINABALU, SABAH (08 SEPTEMBER 2017) : JUMAAT, Hari ini merupakan hari terakhir bagi Pn. Mejah menjawat sebagai penjawat awam setelah hampir 32 tahun perkhidmatan beliau di JMG Sabah, bermulanya daripada operator telefon pejabat sehinggalah menjadi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di JMG Sabah.
Majlis Korban Perdana 1NRE
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan satu Perhimpunan Khas 1NRE bersama Menteri YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di FRIM, Kepong pagi tadi.
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, satu majlis korban juga telah diadakan di Masjid Jamek FRIM. Sambutan Ibadah Korban Perdana 1NRE ini julung-julung kali diadakan oleh NRE selaras dengan hasrat YB Menteri yang ingin menyambut semua sambutan dan perayaan bersama-sama warga NRE.
JMG SABAH JULUNG KALI MENGIKUTI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2017
KOTA KINABALU, SABAH (31 OGOS 2017) : KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah julung kalinya mengikuti perbarisan sempena sambutan hari kemerdekaan.
Tuan pengarah JMG Sabah mengarahkan En. Jaineh Lingi selaku Presiden KEMG Sabah untuk mengaturkan perbarisan tersebut. En. Paulius Godwin merupakan ketua kontinjen semasa perbarisan tersebut. Sebagai inisiatif, warga JMG Sabah hanya melakukan latihan perbarisan ringkas di kawasan pejabat sahaja. Kekangan masa tidak mengizinkan warga JMG Sabah memberikan tumpuan kepada latihan tersebut. Namun demikian pada hari 31 Ogos 2017, seramai 60 orang dapat menghadirkan diri sama-sama berbaris. Komitmen warga JMG Sabah amat padu. Syabas JMG Sabah, walaupun ini adalah yang pertama bagi warga JMG Sabah tetapi mereka berjaya menghabiskan perbarisan ini.
Sambutan ini dirasmikan oleh TYT Negeri Sabah Tun Juhar, Ketua Menteri Sabah juga turut hadir sama bersama kabinet-kabinet yang lain. Sekian.
Warga JMG Sabah yang hadir semasa hari pertama reheasel perbarisan
Latihan perbarisan di perkarangan JMG Sabah
Presiden KEMG JMG Sabah En. Jaineh sedang mendaftarkan nama JMG Sabah
Pengarah JMG Sabah memberikan sokongan semangat kepada kontinjen perbarisan semasa hari raptai perbarisan
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Sijil kepada Pelajar-pelajar Latihan Amali
25 Ogos 2017, Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Penyampaian Sijil kepada tujuh pelajar IPTA yang berjaya menamatkan Progam Latihan Amali selama sepuluh minggu di JMGSWP.
HARI TERAKHIR PERKHIDMATAN HJ KAMIL DI JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (18 OGOS 2017) : JUMAAT, Hari ini JMG Sabah kehilangan lagi seorang kakitangan yang dedikasi, bertanggungjawab dan merupakan idola kepada kakitangan yang lain. Tn. Hj. Kamil bin Kamarudin, nama diberi telah bertugas di JMG Sabah selama 36 tahun. Beliau bermula dengan jawatan Pembantu Kajibumi 17 dan dinaikkan pangkat dalam beberapa tahun atas kerja yang baik ditunjukkan. Beliau bersara wajib di usia 56 tahun.