Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seremban, 6 Ogos 2013 - Suasana hari raya semakin dirasakan oleh seluruh kakitangan JMG. Justeru itu, kami mewakili seluruh kakitangan di Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf atas segala salah dan silap. Kami juga mendoakan agar semua sahabat selamat di dalam perjalanan dan semoga Aidil Fitri ini amat bermakna buat kalian semua. Ikhlas dari kami, Warga JMG NSM.

Anjur Latihan Aplikasi ArcGIS Secara ‘Hands-On’ Siri 1/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP dengan kerjasama Unit Sumber Mineral telah mengadakan Latihan Asas Pembelajaran "hands-on" Aplikasi ArcGIS 9.3, Alat GPS dan Google Earth bertarikh 24 Julai 2013 bertempat di Bilik Delima, JMGKPP. Peserta yang terlibat terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal di semua unit JMGKPP. Taklimat dan "hands-on" telah di sampaikan oleh En.Hamdan B. Ariffin, TP(SM) dan dibantu oleh empat orang pelajar dari IPTA yang sedang menjalani latihan industri di sini.

Baca selanjutnya

Bengkel Celik IT Siri 2/2013

ALOR SETAR, 29 Julai 2013 - Seiring dengan kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan telah mengadakan satu lagi bengkel asas pengendalian laman web rasmi jabatan dan blog JMGKPP siri 2/2013. Bengkel yang diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini melibatkan kakitangan dari pelbagai unit di jabatan dan turut disertai oleh empat (4) orang pelajar praktikal (LI). Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web jabatan dan blog JMGKPP, mengemaskini maklumat aktiviti yang telah dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan program yang dirancang kepada pelayar laman blog. Program sehari ini telah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMGKPP.

Baca selanjutnya