Majlis Qorban BPT 2012

IPOH, 30 Oktober 2012: Bahagian Perkhidmatan Teknikal dengan kerjasama Jawatankuasa Surau BPT telah mengadakan Majlis Qorban. Majlis ini telah diadakan diperkarangan Surau BPT. Sebanyak dua ekor lembu dan seekor kerbau telah diqorbankan. Daging-daging qorban berkenaan telah diagihkan kepada semua kakitangan muslim di BPT dan sebahagian telah dimasak secara bergotong royong.

Perjumpaan Bulanan dan Perasmian Sukan BPT 2012

IPOH, 31 Oktober 2012: Buat pertama kali Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah BPT di luar dewan tidak seperti kebiasaannya. Pada kali ini majlis telah dibuat di perkarangan letak kenderaan di hadapan Blok Zamrud BPT.

Di dalam majlis yang sama telah dijalankan beberapa acara antaranya Program Senamrobik, Penyampaian Sumbangan Persaraan kepada Pn. Hjh. Che Kalsom Bt. Md. Zain dan Sumbangan Kematian Anak kepada En. Fairul Azizan Bin Shahini.Sumbangan-sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid dan Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan BPT, En. Abdullah Sulaiman.

Baca selanjutnya

Muzium Geologi : SK Mahmud Raub Ke Muzium Geologi Ipoh

Ipoh 18 Okt 2012, SK Mahmud Raub Pahang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Ipoh. Salah satu aktiviti yang telah dirangcang adalah lawatan ke Muzium Geologi yang pertama di Malaysia. Kehadiran rombongan SK Mahmud dimeriahkan lagi dengan penerangan yang jelas dan lengkap oleh pengurus Muzium Geologi iaitu Tn Hj Mohd Zaidi Mohd Hasan. Beliau dengan penuh bersemangat menjelaskan satu persatu konsep zon yang ada di dalam muzium ini. Para murid juga memberi respon yang sangat memuaskan dan berharap rakan-rakan mereka yang tidak terpilih dapat menerokai muzium ini di masa hadapan.

Baca selanjutnya

Muzium Geologi : Lepasan UPSR SK Malim Nawar Ke Muzium Geologi

Muzium Geologi telah menerima rombongan sambil belajar dari Sek Kebangasaan Malim Nawar Gopeng Perak. Dengan diiringi 5 orang guru, 34 orang murid darjah 6 yang telah selesai menduduki UPSR yang lalu. Para murid dengan penuh bersemangat menjelajah ruang muzium yang disediakan. Kehadiran replika haiwan zaman purba turut memeriahkan suasana pembelajaran. Para guru juga membantu menerangkan perihal yang terdapat di dalam muzium ini. Dengan lawatan ini, ramai murid yang hadir dapat membayangkan kemungkinan kerjaya yang bakal diceburi di masa hadapan.

Baca selanjutnya

Pameran : Hari Kokurikulum SMK Redang Panjang Ijok Selama Perak

Selama, 18 September: Pameran semperna Hari Kokurikum Sekolah Model Khas Redang Panjang Ijok Selama Perak telah disertai oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pameran ini turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Malaysia Unit Harimau Selama, JAS Cawangan Taiping, JPS Cawangan Ipoh dan guru dari Pusat Kegiatan Guru Selama. Hari Kokurikum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Malaysia Negeri Perak dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli parlimen Selama iaitu YB Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Beliau sempat melawat tapak pameran dan gerai jualan yang disediakan. Semoga aktiviti seperti ini dapat  dilaksanakan dengan kerap pada masa hadapan.