Pereka Fesyen Giat Mara Gopeng Beraksi Di Muzium Geologi

Sekumpulan bakal pereka fesyen masa depan telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Geologi pada 27 Jun 2013 yang lalu. Rombongan disertai oleh tiga tenaga pengajar dan 20 orang pelajar. Mereka merupakan para pelajar yang bakal mengakhiri program yang diikuti dan bakal mengadakan majlis graduasi di Lost World Of Tambun. Saksikan gelagat dan aksi mereka.

Baca selanjutnya

Terbuka Karom MBI sempena Jubli Perak MBI : KSKBPT Memberi Sokongan Padu

Sempena Jubli Perak Majlis Bandaraya Ipoh, satu pertandingan karom terbuka telah dianjurkan oleh Unit Penguatkuasa MBI. Dengan menyediakan hadiah wang terkumpul RM2500.00, pihak KSKBPT telah menyediakan satu pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan diadakan pada 29 Jun 2013, di Stadium Perak pada jam 9.00 pagi. Anjuran ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari pelbagai jabatan, agensi dan pejabat swasta.

Baca selanjutnya

Khidmat Sosial St Nevil Ke Muzium Geologi

  DSC 7229

Syarikat Pelancongan St Nevil Ipoh telah melancarkan kempen khidmat sosial syarikat tersebut dengan mengadakan rombongan dari taska terpilih dadri Kampar untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan Ipoh dan Lenggong. Salah satu tempat yang dituju ialah Muzium Geologi Ipoh. Terdapat lima buah taska yang menyertai rombongan pada kali ini dengan setiap satu taska diwakili antara 10-15 orang murid.

Baca selanjutnya

Kursus Tajwid Pantas Nur Baiti

 IMG 20130610 090919

Tanggal 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun 2013, satu lagi siri kursus bacaan tajwid Al-Quran telah diadakan di Bangunan Zamrud Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Ipoh Perak. Diterajui oleh Ustaz Abu Nabil dan dibimbing bacaan oleh Ustaz Hj Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri, Juri akademi Al-Quran TV9, Johan Qari Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2000 dan 2004.

Baca selanjutnya