CERAMAH TEKNIKAL: RGS CORPORATION - INTRODUCTION OF MINERALOGY & GEOLOGY SOLUTIONS

CERAMAH TEKNIKAL: RGS CORPORATION - INTRODUCTION OF MINERALOGY & GEOLOGY SOLUTIONS
IPOH, 2 Oktober - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama RGS Corporation Sdn. Bhd. , telah menganjurkan satu sesi ceramah teknikal pada hari ini.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Mr. Leonardo Salazar, Sr. Product Application Specialist/ Geologist dari Thermo Fisher Scientific Australia dan Mr Loy Hao Chih, Sales Manager dari RGS Corporation Sdn. Bhd. Sesi ceramah teknikal ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai dan pembantu penyelidik.
Diharapkan sesi ceramah ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan dalam bidang mineralogi dan geologi kepada semua penyelidik dan seterusnya meningkatkan lagi mutu penyelidikan di PPM.

KAMPUS PPM BIL 2 TAHUN 2024: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KAMPUS PPM BIL 2 TAHUN 2024: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
IPOH, 27 SEPTEMBER - Pada hari ini telah diadakan program Kampus PPM Bil 2 Tahun 2024: Pembentangan Pelajar Latihan Industri. Seramai 4 orang pelajar latihan industri telah membentangkan projek mereka masing-masing selama menjalani latihan industri di PPM.
Pembentang pertama, Cik Wan Adriana Zahirah Binti Mior Ahmad Zaini dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia telah membentangkan projek yang bertajuk Recovery of Rare Earth Element from Metallic Mine Waste by Acid Leaching. Beliau menjalani latihan industri bermula 22 Julai 2024 – 27 September 2024 di Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK) di bawah seliaan Ts. Mohd. Zaid bin Md. Sharif.
Baca selanjutnya

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT PERSEDIAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DAN BENGKEL PENGURUSAN RISIKO

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT PERSEDIAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DAN BENGKEL PENGURUSAN RISIKO
IPOH, 25 - 26 SEPTEMBER – Sempena Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 sepanjang bulan September ini, satu Taklimat Persediaan Audit Dalaman dan Bengkel Pengurusan Risiko telah diadakan selama 2 hari bermula semalam melibatkan semua pelaksana MS ISO 9001:2015 bagi skop perkhidmatan ujian batu dimensi (UBD) dan ujian pemprosesan mineral (UPM) di Pusat Penyelidikan Mineral.
Baca selanjutnya

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KEPENTINGAN KALIBRASI DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN PENGUKURAN

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KEPENTINGAN KALIBRASI DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN PENGUKURAN
IPOH, 23 SEPTEMBER – Bersempena dengan Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 yang diadakan sepanjang bulan September, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan Taklimat Kepentingan Kalibrasi dan Penyelenggaraan Peralatan Pengukuran pada hari ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ts. Adlan Akram bin Mohamad Mazuki, Metrologis Kanan dari National Metrology Institute of Malaysia (NMIM). Taklimat ini merangkumi 3 topik iaitu Pengenalan Metrologi di Malaysia dan Kepentingan Kalibrasi dan Verifikasi, Kefahaman Laporan Kalibrasi dan Sijil Bahan Rujukan Diperakui dan Amalan Terbaik Penyelenggaraan Peralatan Pengukuran.
Semoga penyampaian taklimat ini dapat memberi pengetahuan kepada semua peserta berkaitan kepentingan dalam proses kalibrasi dan verikasi di samping pemahaman dalam membaca Laporan Kalibrasi dan Sijil Bahan Rujukan Diperakui serta amalan terbaik penyelenggaraan peralatan pengukuran demi mendapatkan keputusan bacaan yang tepat dan jitu.

LAWATAN TEKNIKAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE NUKLEAR MALAYSIA DAN NAHRIM

LAWATAN TEKNIKAL PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE NUKLEAR MALAYSIA DAN NAHRIM
BANGI, 11 SEPT - Kumpulan penyelidik unsur nadir bumi Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan lawatan teknikal ke Nuklear Malaysia, Bangi dan NAHRIM, Seri Kembangan.
Lawatan teknikal ini bertujuan untuk perbincangan dua hala antara PPM dan Nuklear Malaysia serta NAHRIM berhubung perkhidmatan dan tatacara pembinaan makmal instrumentasi pemprosesan nadir bumi berskala bangku.
Hasil daripada lawatan ini, para penyelidik berpeluang menimba ilmu, memperoleh maklumat bersasar yang lebih terperinci serta berkongsi pengalaman teknikal, sekali gus membuka minda terhadap pendekatan dan inovasi baharu dalam bidang penyelidikan.