Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023
IPOH, 5 SEPTEMBER - Pada hari ini tiga (3) pasukan inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral telah menyertai sesi pembentangan dan penilaian (viva) projek inovasi bagi Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 sempena Anugerah Inovasi Negeri Perak Tahun 2023 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Bagi kategori Anugerah Inovasi Terbuka Negeri Perak, pasukan yang mewakili PPM ialah pasukan EcoTechSilica yang dianggotai oleh Pn. Roshaida binti Arbain, Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, En. Mohd. Idham bin Mustaffar, Costantine bin Joannes, Dr. Tinesha a/p Selvaraj dan En. Anuar bin Othman. Tajuk bagi inovasi mereka ini ialah "Tambah Nilai Pasir Silika dari Pasir Bekas Lombong Bijih Timah".
Manakala sebanyak dua (2) pasukan telah memasuki pertandingan bagi kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau Negeri Perak (AILBH).
Pasukan ini yang dinamakan REE Team PPM dianggotai oleh En. Mohd. Zaid bin Md. Sharif, Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, Dr Hj Ismail bin Ibrahim, Hj. Malek bin Selamat dan Hj. Mohd. Syahir bin Mohd. Rozi dengan inovasi mereka yang bertajuk "REE-MADE: Rare Earth Element Extraction via Metallic Acid Drainage Treatment System (Sistem Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi Melalui Rawatan Saliran Lombong Berasid Metalik)".
Manakala satu lagi pasukan bagi kategori ini ialah pasukan Eureka terdiri daripada Dr. Rohaya binti Othman, Ts. Zawawi bin Mahim, Ts. Dr. Hjh. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Siti Noorzidah binti Mohd. Sabri. Tajuk inovasi mereka pula ialah "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida bagi Penghasilan PCC Sebagai Bahan Pengisi Dalam Pembuatan Cat Komersial".
Seluruh warga PPM mendoakan agar ketiga-tiga pasukan PPM ini dapat memasuki pusingan akhir dan seterusnya meraih kejayaan cemerlang pada peringkat akhir bagi mengharumkan nama PPM-JMG di persada dunia dan memartabatkan dunia penyelidikan dalam industri mineral negara.

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015
IPOH, 5 SEPTEMBER – Pada hari ini telah berlangsung acara perasmian bagi program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015.
Program ini memasuki tahun keempat pelaksanaannya yang dianjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).
Program ini bertujuan sebagai satu platform hebahan serta memberi kesedaran kepada semua kakitangan PPM bahawa PPM telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi dua skop perkhidmatan iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Semoga dengan berlangsungnya program ini, semua warga PPM akan mendapat pendedahan secara komprehensif mencakupi segala aspek berkaitan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di PPM.

Program Moh Borak Siri 2/2023

Program Moh Borak Siri 2/2023
IPOH, 29 OGOS - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah mengadakan satu Program Moh Borak Siri 2/2023 " Nostalgia Mengamit Memori" pada hari ini yang melibatkan dua (2) orang kakitangan PPM, iaitu Tn Hj Malek bin Selamat dan Pn Hjh Radin Nor Rahmah binti Djapar.
Program ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan bagi berkongsi pengalaman bekerja serta penglibatan diri kakitangan tersebut sepanjang berkhidmat di PPM.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan Ogos 2023 Pusat Penyelidikan Mineral.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan Ogos 2023 Pusat Penyelidikan Mineral.
IPOH, 24 OGOS - Pada hari ini telah diadakan majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan Ogos 2023 peringkat Pusat Penyelidikan Mineral.
Sambutan ini telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral dengan penglibatan daripada semua kakitangan PPM.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Fun Walk PPM, Pertandingan Infografik, OOTD Merdeka, Seni Merdeka dan Tayangan Cerita Pendek Tok Adi 2 bagi memenuhi sambutan tersebut.

Lawatan Pelajar Antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023) Sesi Kedua

Lawatan Pelajar Antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023) Sesi Kedua
IPOH, 23 OGOS - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan sesi kedua daripada pelajar antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023) di bawah kelolaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM pada hari ini.
Rombongan pada kali ini terdiri daripada 37 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring dari Politeknik Akamigas Palembang (PAP) dan 4 orang pelajar dan seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPM, CTBS, CTBB dan CTBT.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.