Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral dan lawatan ke industri berasaskan mineral di negeri Sabah

Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral dan lawatan ke industri berasaskan mineral di negeri Sabah

SANDAKAN, SABAH ( 6 FEBRUARI 2018 ) : SELASA, Satu Mesyuarat Pengurusan Statistik Mineral telah diadakan di The W Clay Industries pada jam 9.30 pagi dan telah dihadiri oleh beberapa orang kakitangan daripada JMG Ibu Pejabat dan JMG Sabah.

 Antara peserta lawatan kerja daripada JMG Ibu Pejabat adalah En. Yusari Basiran (Ketua Pen. Pengarah - Perhubungan Industri), En. Khairul Zaman Ibrahim (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Rosni Lokmannul Hakim (Pegawai Geosains Kanan), Pn. Salmiah Nawi (Pegawai Geosains Kanan), En. Iszaynuddin bin Abd. Hamid (Pegawai Geosains Kanan) dan En. Abdul Hafid bin Abdullah (Pen. Pegawai Geosains). Manakala, peserta lawatan kerja daripada JMG Sabah adalah Hj. Nurul Huda Romli (Ketua Unit Pembangunan Lombong & Kuari), En. Mohd. Shafreen Bin Mad. Isa (Pegawai Geosains), Puan Lim Li Chien (Pegawai Geosains) dan En. Mohd. Ariss Bin Abd. Salam (Pembantu Geosains)

 

eca10343-2074-4347-91ef-14d417ed1b2c

Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018

Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018

KOTA KINABALU, SABAH - 2 Feb 2018 (Jumaat) : Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah. 

 

 Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Jenneth Cyril, menanggung kerja sebagai Ketua Unit Sumber Mineral. Turut hadir dalam mesyuarat adalah En. Daulip@Dee Dee L.Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Cleafos Totu (menanggung kerja Ketua Aktiviti Mineral Berlogam), Pn. Jayawati Fanilla Sahih Binti Montoi (Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian), Pegawai-pegawai Geosains En. Mazuan Bin Roslan, En. Mison Ajum dan Puan Lim Li Chien, Pembantu-pembantu Geosains Tn. Hj. Japili Bin Samin, En. Richard Clement, En. Daigo Intang, En. Patrick Gindol, En. Mohd. Ariss Bin Abd. Salam dan En. Ezzrold Arnold Gopining, pemandu En. Richard Untuhun.

 

PENYELENGGARAN MONUMENT DI GUNUNG KINABALU OLEH PEGAWAI GEOSAINS JMG SABAH

PENYELENGGARAN MONUMENT DI GUNUNG KINABALU OLEH PEGAWAI GEOSAINS JMG SABAH

KUNDASANG, SABAH (29 JANUARI 2018) : ISNIN, JMG Sabah telah menghantar wakil daripada kalangan Pegawai Geosains JMG Sabah bersama Syarikat pembekal Alat KTI Technical Sdn. Bhd ke monument yang telah dipasang sebelum ini di puncak Gunung Kinabalu.

Pegawai Geosains tersebut adalah En. Goh Khean Seong dari Aktiviti Kejuruteraan JMG Sabah bersama En. Suhaimie Suman (pemandu) dan juga merupakan badang JMG Sabah. Mereka berada di puncak Gunung Kinabalu dari 27 Januari sehingga 29 Januari 2018 bersama beberapa orang lagi wakil dari Syarikat Pembekal KTI Technical Sdn. Bhd.

Pihak Garmin Malaysia meminta JMG Sabah agar sentiasa membuat penyelenggaraan kepada alat yang telah dipasang di puncak gunung itu bagi memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Sumber Maklumat : En. Goh Khean Seong

Sumber Photo : En. Suhaimie bin Suman

page 1

Page 2

Page 3

 

TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018

TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH (2 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, Jam 9.00 pagi Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) JMG Sabah telah membuat satu tinjauan lokasi berkaitan sambutan Hari Keluarga KEM-G JMG Sabah. AJK KEM-G sebulat suara memilih lokasi untuk Hari Keluarga tersebut di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu.

 

Semua AJK KEM-G JMG Sabah turut terlibat dalam perbincangan dan tinjauan lokasi untuk sambutan tersebut. Hari Keluarga KEMG JMG Sabah dijangka akan dilaksanakan pada awal Mac 2018. Tujuan Hari Keluarga ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mengenali antara satu sama lain. Dalam tinjauan lokasi ini tadi AJK KEMG Sabah juga telah membincangkan pembahagian tugas-tugas untuk menjayakan sambutan Hari Keluarga tersebut. Tinjauan lokasi ini diketuai oleh Presiden KEMG Sabah sendiri En. Jaineh Lingi bersama AJK tertinggi KEMG Sabah (Pn. Suriani Ramee, Pn. Besty Jenny Adim, Pn. Normi Adok, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Goh Khean Seong, En. Herorisan Paruka, Cik Helviana Malaya, En. Fadli Sulaiman, En. John Ingkangu, Cik Norven) dan beberapa orang lagi tidak dapat hadir sama kerana menghadiri mesyuarat lain.

Page 1

ZIARAH RAKAN SEJAWAT

ZIARAH RAKAN SEJAWAT

KUALA PENYU, SABAH (31 JANUARI 2018) : RABU, Warga JMG Sabah mengucapkan Takziah buat Pn. Rosita Tan atas kehilangan ibu tersayang pada 30 Januari 2018 sekitar jam 8.00 pagi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, Sabah. Mendiang ibu Pn. Rosita dibawa balik ke kampung halaman di Kampung Kiambur, Kuala Penyu dan disemadikan di sana.

Beberapa orang rakan sejawat Pn. Rosita serta ketua unit beliau turut hadir menziarah pada hari pengkebumian mendiang ibunya. JMG Sabah diwakili oleh Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli selaku Ketua Unit Lombong dan Kuari, En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa, En. Goh Khean Seong, En. Jeffery Paping, Cik Helviana Malaya, En. Peter Suking, EN. Suhaimie bin Suman dan En. Mohd. Azrol bin Mohd Hanaffi. Warga JMG Sabah sekali lagi mengucapkan Takziah dan semoga Pn. Rosita tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Sumber Photo : En. Peter Suking dan En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi

Petikan dibuat oleh : Pn. Suriani binti Ramlee

m1

m2

m3