SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2021

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2021

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan yang beragama hindu. Semoga festival cahaya pada tahun ini akan menerangi kehidupan semua dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR

Johor Bahru, 28 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

WEBINAR BIJAK MENGURUS WANG

WEBINAR BIJAK MENGURUS WANG

Johor Bahru, 26 September 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan webinar yang bertajuk "Bijak Mengurus Wang" yang disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Dr Mohamad Fazli Sabri iaitu Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM. Webinar ini terhad kepada 4 orang setiap pejabat Negeri, BPT, PPM dan Ibupejabat  JMG Malaysia.

Baca selanjutnya

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021
“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman
"SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021"
Daripada;
Pengarah & Warga
Jabatan Mineral & Geosains Malaysia
Negeri Johor