Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayati dalam kehidupan seharian kita semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 29 Jun 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris b. Md Esa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.
MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI JOHOR SEPANJANG PKP 3.0
Dimaklumkan penutupan pejabat dan kaunter Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 Fasa 1.
Sehubungan dengan itu, sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut iaitu 012-7291927 (Pn. Siti Rohani) / 019-7304902 (En. Khairul Zaman) atau boleh emelkan kepada jmgjohor@jmg.gov.my.
Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 31 Mei 2021 – Buat kali ketiga Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali ketiga ini.
PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0
Johor Bahru, 09 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 3.0’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.