Johor Bahru, 15 November 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2020 dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2020
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan yang beragama hindu. Semoga festival cahaya pada tahun ini akan menerangi kehidupan semua dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan.
KUNJUNGAN HORMAT KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR
Johor Bahru, 12 November 2020 - Baru-baru ini, Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Pengarah JMG Johor Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke bawah DYMM Sultan Johor. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Encik Yusari bin Basiran (Timbalan Pengarah Sumber Mineral) dan En. Mat Wadi bin Ab. Satar (Pegawai Geosains).
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2020 DAN MESYUARAT MBJ (PEKERJA)
Johor Bahru, 22 Oktober 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2020 dan Mesyuarat MBJ (Pekerja) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
MESYUARAT AGUNG KSSK JMG JOHOR KALI KE-17
Johor Bahru, 27 September 2020 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor (KSSK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-17 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.