Johor Bahru, 01 Februari 2022 – Kami warga JMG Johor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 buat semua warga JMG yang berbangsa cina di seluruh negara dan pelanggan Jabatan. "Semoga perayaan ini disambut dengan meriah dan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan sesama kita".
TAKLIMAT PERMOHONAN LESEN PUNCA AIR MINERAL DARIPADA ANGENET S/B
Johor Bahru, 11 Januari 2022 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menerima kunjungan daripada pihak Angenet S/B berkenaan permohonan lesen punca air mineral semulajadi di Lot PTD 6442, Mukim Tg. Sembrong, Batu Pahat, Johor. Pembentangan dan taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2022 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR
Johor Bahru, 10 Januari 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2022 dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2022
PEMBENTANGAN KONSULTAN BAGI PERMOHONAN SKSK DAN SKSPM
Johor Bahru, 07 Disember 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan pembentangan bersama konsultan bagi permohonan surat kelulusan skim kuari (SKSK) dan surat kelulusan skim pengendalian melombong (SKSPM) bersama syarikat-syarikat kuari dan lombong di Johor. Pembentangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2021 JMG JOHOR
Johor Bahru, 28 November 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 JMG Johor kali ini telah diadakan secara maya disebabkan sebahagian pegawai dan kakitangan JMG Johor berada di luar kawasan kerana terlibat dengan tugasan masing-masing.
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2021
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan yang beragama hindu. Semoga festival cahaya pada tahun ini akan menerangi kehidupan semua dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2021 JMG JOHOR
Johor Bahru, 28 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2021 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
WEBINAR BIJAK MENGURUS WANG
Johor Bahru, 26 September 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan webinar yang bertajuk "Bijak Mengurus Wang" yang disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Dr Mohamad Fazli Sabri iaitu Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM. Webinar ini terhad kepada 4 orang setiap pejabat Negeri, BPT, PPM dan Ibupejabat JMG Malaysia.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2021 JMG JOHOR
Johor Bahru, 26 September 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2021 JMG Johor telah diadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.