TAKLIMAT KESEDARAN PEMBANGUNAN MAMPAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN TERHADAP LOMBONG DAN KUARI NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

TAKLIMAT KESEDARAN PEMBANGUNAN MAMPAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN TERHADAP LOMBONG DAN KUARI NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2020

Johor Bahru, 18 Februari 2020 - Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Johor telah menganjurkan sesi taklimat berkenaan Kesedaran Pembangunan Mampan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Johor yang diadakan di Hotel New York, Johor Bahru. Seramai 110 orang telah hadir dalam seminar berkenaan yang terdiri daripada pengusaha lombong dan kuari, konsultan, pentadbir tanah daerah negeri Johor, pejabat PTG, agensi daripada jabatan teknikal dan PTD.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL 1/2020 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL 1/2020 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

Kota Tinggi, 11 Februari 2020 - Mesyuarat MPPN Bil. 1/2020 telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort & SPA, Desaru, Kota Tinggi, Johor pada 11 hingga 13 Febrauari 2020. Mesyuarat ini disudahi dengan lawatan kerja ke Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP) dan Pengerang Deepwater Terminals (PDT) pada 14 Februari 2020.

Baca selanjutnya

WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2020

WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2020

Johor Bahru, 5 Januari 2020 – Kami warga JMG Johor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat semua warga JMG di seluruh negara. "Waktu terus berjalan, Lembaran demi lembaran, telah terisi. Kadang sedikit makna dan kekadang tidak bermakna langsung, Semoga di tahun 2020 ini setiap lembarannya punya makna punya manfaat".

Β 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2020

Johor Bahru, 23 Januari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi bin Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina binti Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019

Johor Bahru, 12 Disember 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi bin Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Iedil bin Omar. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Baca selanjutnya