Pengarah dan warga kerja JMG Johor mengucapkan tahniah kepada YAB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob atas lantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.
SALAM MAAL HIJRAH 1443H (2021)
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan "Salam Maal Hijrah 1443H" kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Hijrah itu bukan pelarian, tetapi tuntutan dari Tuhan. Ayuh, sama-sama kita tingkatkan amalan agar hidup sentiasa aman.
Ucapkan selamat tinggal kepada 1442 Hijrah dan Selamat datang kepada 1443 Hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya.
Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.
CERAMAH PENGURUSAN PSIKOLOGI ANJURAN JMG JOHOR SECARA ATAS TALIAN
Johor Bahru, 29 Julai 2021 – Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan satu ceramah atas talian yang bertajuk "Ikhtiar dan Daya Tahan" yang disampaikan oleh Dr. Naniyati binti Shuib iaitu Pegawai Bahagian Psikologi JPA. Ceramah ini terbuka untuk semua Warga JMG Malaysia.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 29 Julai 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Faizullah b. Mohamad Azman, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2021 (1442H)
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 6/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 29 Jun 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Md Aris b. Md Esa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.
MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI JOHOR SEPANJANG PKP 3.0
Dimaklumkan penutupan pejabat dan kaunter Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0 Fasa 1.
Sehubungan dengan itu, sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut iaitu 012-7291927 (Pn. Siti Rohani) / 019-7304902 (En. Khairul Zaman) atau boleh emelkan kepada jmgjohor@jmg.gov.my.
Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA
Johor Bahru, 31 Mei 2021 – Buat kali ketiga Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Saufee b. Sehat, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali ketiga ini.
PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN 3.0
Johor Bahru, 09 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 3.0’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.
PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2021 JMG JOHOR
Johor Bahru, 25 April 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 4/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Shahril b. Idris, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Syazwan Zainie b. Jainal. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini.