SALAM MAAL HIJRAH 1442H

SALAM MAAL HIJRAH 1442H

Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1442H kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Semoga tahun hijrah yang baharu ini dapat membawa sinar kejayaan yang lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding tahun sebelum ini disamping memasang azam dan iltizam untuk berusaha dengan lebih kuat di tahun baharu ini.

PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

PROGRAM LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN JOHOR KE TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

Mersing, 18 Julai 2020 - Baru-baru ini, satu program lawatan kerja rasmi YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Taman Negara Endau Rompin bagi melihat sendiri keindahan Mersing tercinta dibahagian hutan belantara yang sangat istimewa. Program ini  telah memberi ruang kepada 'Team Mersing Geopark' terutama JMG Johor  untuk mempromosikan Mersing Geopark dalam program mereka dalam usaha untuk mengangkat Mersing sebagai sebuah Geopark Kebangsaan.

Baca selanjutnya